Tuesday, September 1, 2015

MALACCA : Dataran 1 Malaysia


Assalamualaikum


Cuti Merdeka minggu lepas kami bermalam di Melaka ada kenduri sepupu kahwin. So Jumaat malam terus siap siap bertolak ke Selangor, rumah abang dan pagi Sabtunya, lepas subuh terus bergerak ke Serkam Melaka. Dah lama tak pergi Melaka, last pergi masa zaman Melaka famous dengan kota A Famosa saja berbanding sekarang yang pesat membangun dengan nama nama tempat yang baru. So peluang yang ada harus digunakan sebaiknya untuk menikmati keindahan bandar Melaka.




bas bas lama

Sabtu tengah hari, lepas berakhir majlis akad nikah sepupu, petang tu terus siap siap keluar dengan sepupu sepapat semua menuju ke Klebang. Serius cantik dan unik gerai gerai di sekitar Pantai Klebang sebab dikelilingi dengan deretan bas bas lama yang berfungsi sebagai Hotel, Tandas dan tempat makan. Sebelum ni tak tahu pula pasal perkhidmatan BUSTEL di Melaka, rupanya ada hotel dalam bas. Nasib baik dah ada shelter, kalau tak dah lama bermalam dekat Bustel.


Tak tahulah pula macam mana rupa bilik dan harga dalam bustel, mungkin korang boleh google sendiri perkhidmatan yang disediakan. Ada juga restoran dalam bas, tapi tak dapat nak try sebab kami datang 9 orang, memang tak muatlah duduk dalam bas tu. Bagi aku satu usaha yang bijak di ambil at least tak adalah bas bas lama ni terbiar macam tu saja.


tandas awam dalam bas

Tujuan utama nak pergi Klebang sebab nak rasa Coconut Shake Original tepi jalan yang popular di sana. Tapi tidak kesampaian hasrat di hati disebabkan kami sampai pon dah lewat petang, so hanya dapat tengok barisan orang ramai yang beratur untuk beli Coconut Shake. Ini bukan beratur biasa tapi beratur luar biasa sebab memang panjang barisannya dan tak sanggup kami tunggu. 


long queue

Jadi kami hanya dapat mencuba Coconut Shake di sekitar pantai Klebang saja (gambar bawah). Mahal jugalah satu dalam RM3 tapi rasanya biasa.




Lepas dah habis Coconut Shake, kami pergi ke Padang Pasir Klebang pula. 


next entri =)
Thanks for Read. Pen Off

2 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

dah lamer xke melaka....

anakHajiMuaai said...

hoho.. baru lepas ke sane jugak last weekend