Thursday, September 3, 2015

MALACCA : Pantai Klebang


Assalamualaikum




Ok sambungan entri sebelumnya, lepas kami pergi membasahkan tekak dengan coconut shake di Dataran 1 Malaysia, kami pergi pula ke Dataran Pasir Klebang. Memang ramai sangat orang di sana dan kagum sangat dengan mereka yang datang dengan memakai skirt/dress sebab jauh sangat perjalanan nak ke deretan puncak pasir. Mula mula kami pon tak tahu boleh berjaya ke tidak nak sampai ke sana, tapi dah alang alang sampai baik teruskan perjalanan saja. Banyak sangat puncak pasir yang cantik, tapi kami mampu pergi puncak pasir yang paling dekat sekali sebab tak larat.




Sesiapa yang jenis cepat letih atau penat, better sebelum nak jalan ke pasir tu, bawa lah bekalan air sebab memang akan rasa haus. Lagipon dekat sana gerai yang paling berdekatan dengan pantai Klebang hanyalah satu gerai iaitu gerai Jelly kelapa dan air, air pon cepat habis tau.


Nampak tak deretan bukit di belakang dekat gambar di bawah, masih jauh lagi kami nak ke sana. Rasanya dalam sejam juga kami habiskan masa disini, berjalan lagi. Dah sampai, bergambar pula banyak banyak.




Tengah jalan jalan terjumpa pula takungan air di bawah ini ala ala oasis sikit. Pantai Klebang ini ditambak sebab itu pokok pokok yang ada dekat sana semuanya nampak bahagian atas pokok saja, bahagian bawah memang dah dikambus pasir.





Puncak pasir yang kami naik di bawah ini yang paling rendah dan dekat, sebab tak larat nak pergi jauh jauh ke puncak pasir yang lagi tinggi dan cantik.


Boleh katakan Pantai Klebang ni banyak sangat port cantik untuk bergambar selain pasirnya yang putih, dekat sana banyak pokok lalang yang tinggi so memang cantiklah ambil gambar. Masa kami sampai sana pon, dah ada 3 pasangan pengantin datang photoshoot di sana. Gigihla pakai kebaya songket semua dengan kerisnya punya nak ambil gambar yang cantik dan menarik.


view dari atas

Kami bergerak pulang dari Klebang dalam pukul 6.30 petang, tapi time kami nak baliklah ramai pula manusia datang mungkin mereka nak tengok matahari terbenam kot dan dekat sana memang tak sah kalau tak ada pasangan couple yang duduk berdua di atas setiap puncak pasir. Kalau pakai skirt atau dress cantiklah bergambar sebab angin kuat sangat dan sejuk.

OK Thanks for read. 

3 comments:

IQ = Iez Qis said...

owh, tempat ni la ek dorg suke buat photoshoot tu?

lia ummiirfan said...

besttt! dah lama tak gi sini :))

Tips untuk subur

suka suka said...

Klebang selalu jam.. pastinya cari coconut shake..