Friday, September 11, 2015

RECIPES : Homemade Twisties


Assalamualaikum


Hari tu ada jumpa resepi mudah buat twisties dari laksa kering. Kebetulan pula mak beli laksa kering sebab nak buat laksa esoknya. So sebelum direndam buat laksa, so ambil sikit laksa kering untuk dijadikan bahan ujikaji. Mudah dan cepat saja cara penyediaannya.




Bahan Bahan:

Laksa kering
Lada sulah
1 kiub pati ayam/ perencah makanan
2 sudu besar serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa


* Nak lagi sedap boleh masukkan sekali serbuk keju dan nestum dan kisar sekali.




Cara Cara:

1) Ambil 1/4 laksa kering dan patahkan sikit sikit.

2) Panaskan minyak, goreng laksa macam goreng keropok dan sejatkan. Ketepikan

3) Masukkan serbuk kari, lada sulah, serbuk lada (kalau nak pedas), garam, gula, dan kiub ayam ke dalam blender. Kisar kering kesemuanya sehinggan sebati dan hancur.

4) Dah blender, golekkan laksa kering bersama perencah tadi. Boleh sesuaikan rasa dengan garam dan gula.


SIAP!!!






Nak kata rasa macam twisties sebenar tak sangatlah sebab tak ada cheese, tapi sedap juga buat kudapan saja saja.

OK Thanks for Read. Selamat Mencuba

9 comments:

timm bill said...

Sedapnya! Xtau pulak laksa boley buat gini yer..

AnAk dEneSor said...

wah menarik! siyes xtau lak bole wat jajan..jimat!hahah..

Nina Hamdan said...

Nampak macam sedapp.. hehe.. yang penting kurang MSG sebab kita tahu bahan apa diguna.. heheh

Rtp Farra Arisha said...

Boleh try buat nanti. Sebelum ni pernah goreng suhun untuk makan dengan soto saja. Kenapalah tak boleh terfikir dari dulu hehe

Rosmiza Ali said...

Wah! Menarik jugak nih.. Cara nak buat pon simple.. Ok nanti boleh try.. Tq sharing.. ^__^
RosmizaAli.Com

anakHajiMuaai said...

oho.. ok la leh wat kudap2.. yum

Farini Ibrahim said...

wahh..macam sedap je. boleh cuba ni :-)

Fifi Fizah said...

best nye..leh try nim :)

Faranina said...

Wow bestnye..kne try ni