Tuesday, September 29, 2015

RECIPES : Nutella Cheese Cake


Assalamualaikum


Raya Haji lepas, meriah pula dapur kami, memang tak pernah tak berasap memandangkan kakakku sekeluarga raya bersama kami, makin rancaklah aktiviti baking membaking di dapur. Lepas kakak aku buat kek Red Velvet, esoknya terus keluar cari barang untuk buat Nutella Cheese Cake pula. Siapa yang boleh menolak makanan yang berasaskan keju ini. So tugas aku seperti biasa tukang kisar, tukang kacau dan tukang ambil gambar. Oh ya, kami kalau nak cari barang kek memang akan pergi ke Bake Well sebaris dengan kolej Cosmopoint Jalan Teluk Sisek Kuantan. Dekat saja dengan Kula Cakes.




bahan kek (atas) dan topping (bawah)

Bahan (A) base:

250g cookies (kami guna digestive biscuits)
80g mentega cair


Bahan (B) Lapisan kedua:

1kg cream cheese
3/4 cup heavy cream
1 cup gula aising
1 tbsp tepung jagung
2 tsp vanilla extracts
4 biji telur


Bahan (C) Lapisan ketiga:

1/3 bahan B (yang dah dikacau sebati semuanya)
2/3 cup nutella
2 tbsp heavy cream


Bahan Topping:

1/3 heavy cream
2/3 cup nutella
sedikit badam




Cara Cara:


A) Untuk buat base, kita perlukan cookies yang dah dikisar digaul bersama dengan mentega cair. Gaul sebati sehingga kita boleh kepal acuan. Dah sebati, ratakan dalam springform pan, lebih mudah guna sebab senang nak tanggal. Springform pan sesuai untuk buat semua jenis kek. Dah ratakan, bakar sekejap dalam oven untuk keraskan base.

B) Untuk lapisan kedua, pukul cream cheese bersama sama dengan heavy cream, gula, tepung jagung (untuk memekatkan), esen vanilla dan telur sehingga sebati. Kadar acuan boleh refer kat bahan bahan diatas.

C) Dah siap bahan B tadi, ambil 1/3 daripada bahan B tadi dan pukul bersama 2/3 cup nutella dan 2tbsp heavy cream. Kacau sebati.


Ok semua lapisan dah siap sekarang proses nak tuangkan dalam springform pan, bakar dan hiaskan. 




Cara Cara:


1) Bila base dah bakar sekejap dalam oven, keluarkan dan tuang bahan B tadi atas bahan A, lepas tu tuang pula bahan C tadi atas bahan B. Oh ya sepatutnya bahan C kena menutupi seluruhnya tapi kami buat tak cukup acuan, tapi tak apa.

2) Balutkan keseluruhan pan dengan aluminium foil sebab kita nak bakar guna kaedah water bath dalam oven. Lepas dah 5 minit bakar, buka permukaan atas kek biar terdedah. Bakar selama 45-55 minit pada suhu 150 C bergantung oven masing masing.

3) Untuk topping, kita perlu panaskan 1/3 heavy cream dalam periuk kemudian masukkan 2/3 cup nutella. Kacau sebati dan tuang atas kek yang sudah dibakar.

4) Boleh hiaskan dengan badam atau kreativiti masing masing dan sejukkan kek dalam peti atas selama 4 jam.


SIAP!!!








Aku tak tahulah korang faham ke tak tapi kek ini seolah olah macam ada 4 lapisan iaitu lapisan biskut, lapisan cheese, lapisan nutella dan lapisan topping. Rasanya sangat sedap, sampai ke hari ini masih ada lagi kek ini sebab cheese kan kena makan slow slow takut muak. Boleh juga nak buat versi non baked tapi make sure kena tambah gelatin. Kelakar pula bila tengok lapisan kek kami dah macam bulan di tengahnya sebab tak cukup acuan tapi Alhamdulillah menjadi. Nak lebih jimat boleh juga gantikan nutella dengan coklat cadbury dll. 


Nutella make sure beli yang besar ok nanti takut jadi macam kami sebab kami beli yang kecik, memang tak cukup. Kami guna springform pan 9 inci lebih kurang harga RM43. Springform ada 2 jenis, yang boleh buka tepi dan yang kena tolak ke atas, better beli yang buka tepi lagi memudahkan. Kami beli yang tolak ke atas sebab yang tu saja ada, so agak complicated sikitlah sebak kek dah mengeras.

OK Thanks for read, selamat mencuba =)

3 comments:

Khairul Hilmi Sidek said...

Pagi2 ni buat perut Rase lapar tgk kek tu

♥Fatin Annis♥ said...

bestnyaa pandai buat kek ! :D

anak denesor said...

perghhh pepagi tgk..mmg terbaik laaa