Sunday, September 6, 2015

RECIPES : Onion Ring


Assalamualaikum


Selamat Berhujung Minggu semua. Biasanya time hujung minggu ni memang aku akan bangun tengah hari, tapi harini lepas subuh terus tak tidur, jadi rasa macam lama pula masa bergerak sampai tak tahu nak buat apa kat rumah. Macam biasa, menjadi habit aku kalau bosan aku akan cari resepi baru di Internet dan akhirnya berjaya buat ONION RING. Bila tengok balik onion ring, macam sedap pula makan sotong celup tepung.




Bahan Bahan:


2 biji bawang besar (Holland/merah)
1 sudu kecil serbuk roti
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
sedikit garam dan serbuk perasa
Lada hitam / lada putih
Sedikit kapur
1 gelas air masak sejuk




Cara Cara:


A) Basuh bawang, potong bawang bulat bulat dan besar supaya tak terputus. Ketepikan

B) Masukkan tepung jagung, tepung ubi, tepung gandum, lada hitam, garam, serbuk perasa, sedikit kapur, serbuk roti dan sedikit serbuk kunyit untuk warna keorenan.

C) Bancuh kesemua acuan tadi dengan air sejuk sampai agak pekat. Macam nak bancuh cucur biasa. Panaskan minyak dan goreng sikit sikit supaya tak terlekat. Dah goreng, sejatkan atas tipu.


SIAP !!!




Onion Ring lebih sesuai guna Bawang Holland sebab lebih cantik dan tak rasa sangat bawangnya. Disebabkan aku tak jumpa bawang Holland di rumah, so terpaksa guna bawang besar biasa. Kalau rasa bancuhan tepung tak padan dengan bawang, boleh tambah tepung gandum lagi.




Jujurnya, aku bukanlah penggemar bawang tapi bila try onion ring panas panas rasa tak macam bawang, rasa macam kita makan cucur biasa yang ada bawang sikit sikit tu. Makan macam tu pon dah sedap sebab ada rasa lada hitam, lagi sedap makan bersama sos,

OK Selamat Mencuba. Pen Off

6 comments:

Normi Nieza said...

sdap tu..:)

puteri hafiza said...

nampak sedap. boleh cuba nnt.:)

naniey lurviey said...

Same la. Xsuke bwg jgk. Tp ble onion ring rase mcm x ckp.. Hehe

Jemput singgah http://www.itsnanieylife.blogspot.com

Nabihah said...

Jimat tak yah pergi kedai nak beli sebab bukan semua tempat senang nak cari onion ring :)

Radio Senyap said...

memang pakai bawang ek. Ingatkan name je onion ring. Baru tau..

Radio Senyap

hamizah che mat said...

sedap nampak
JOM FOLLOW SAYA