Friday, September 25, 2015

RECIPES : Red Velvet Cake


Assalamualaikum


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!!!


Sempena dengan Raya Haji ini, kakak aku tried buat Red Velvet Cheese Cake dan alhamdulillah menjadi. Kami buat kek malam raya dan hiaskan kek pada pagi raya. So sempatlah untuk krim itu sejuk sebelum hias. Sangat sedap dan lembut kek ini seolah olah kek kukus. Walaupun agak kelam kabut malam raya dengan juadah lainnya, tapi tetap gagahkan mata dan tangan untuk belajar.


close up sikit

Bahan kek (atas) & krim (bawah)

Bahan Kek:

2 1/2 cawan all-purpose flour / self raising flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cawan olive oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb cuka makan + 1 cawan susu)
1 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk cuka makan
1 sk baking soda


Bahan Krim:

250g / 8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
1 cawan gula ising - ayak




Cara Buat Kek


1) Panaskan oven. Satukan dan ayak tepung, serbuk koko dan garam.

2) Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.

3) Dalam bekas lain, satukan buttermilk, (pewarna merah dan esen vanila).

4) Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). Dalam satu bekas kecil lain, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.

5) Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 8 inci yang sudah digrease dengan butter dan kertas pelapik.

6) Bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit bergantung pada oven. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan.




Cara Buat Krim

1) Masukkan cream cheese, butter dan vanilla extract ke dalam bekas.

2) Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati. Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai. Dah siap, sejukkan di dalam peti semalaman.

3) Dah sejuk, sediakan lapisan bawah kek.

4) Gunakan nozzle untuk buat filling lapisan antara kek. Boleh juga sapu biasa.

5) Tindihkan krim dengan lapisan atas dan tekan sedikit.

6) Hiaskan bahagian permukaan dengan bentuk bunga bergantung kepada nozzle masing masing dan boleh hiaskan mengikut kreativiti. Insya Allah kalau betu betul ikut resepi ni, memang krim akan cukup cukup untuk hias kek. Dah hias, boleh terus bekukan kek supaya senang krim mengeras dan senang untuk potong.


SIAP!!!







Kami menggunakan loyang 8 inci sebab itu kek agak tinggi, boleh juga gunakan loyang 9 inci. Kalau nak guna tepung gandum, kena tambah 1sk soda bikarbonat. Sedap dimakan sejuk sejuk. Resepi ini kakak ambil dari blogger Aziekitchen, memang menjadi dan kebanyakan orang pon tried resepi ini dan menjadi. Cuma kami altered sedikit menggunakan bahan sedia ada dan selera kami.



OK Thanks for Read. Selamat Mencuba =)

4 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

it looks yummyyyyy. fae suka mkn red velvet cake.

Syira Lokman said...

hyeeee...Selamat Hari Raya Aidiladha !
dpt juga lepas rindu nak blogwalking..

anak denesor said...

perghhh sedap!da la mmg hantu kek velvet sye ni

farhainiah said...

alahai.. sedapnya... kita dah follow... dan jemput datang blog ye..hehe