Thursday, September 24, 2015

Tip & Tricks dalam Fesyen


Assalamualaikum


Perasan tak rata rata kalau kita tengok gambar sesiapa dekat Instagram atau mana mana gambar mesti akan terdetik di hati kita "eh tingginya orang ni, kurus pulak tu" padahal bila kita jumpa face to face rupanya "alahai, kecil saja orangnya, lebih kecil dari kita". Nampak tak, betapa pakaian sangat sangat memainkan peranan penting dalam memberikan ilusi tinggi kepada sang pemakai khususnya bagi petite size. Jangan risau kerana saiz bukan lagi masalah utama untuk berfesyen asalkan kita tahu bermain dengan helah fesyen terbaik yang akan saya kongsikan.


To add a few extra inches, cara yang terbaik untuk anda adalah dengan beberapa helah Tips Fesyen Terbaik Online  untuk kelihatan lebih tinggi. 


1. Cuba flared jeans

Jenis seluar jeans yang fit serta sedikit kembang pada bahagian bawahnya mampu memberikan ilusi kaki yang lebih panjang kepada sang petite. Helahnya adalah to always keep the fit of the jeans super-slim pada bahagian kaki dan pastikan the waistband hits your natural waist. Padankan dengan waist-length women top ataupun baju blaus kegemaran anda yang anda boleh tuck in. Tuck in perlu untuk menampakkan kaki kita lebih panjang daripada bahagian atas badan.





2. Jadikan skirt labuh ibarat BFF anda!

Jika anda tidak berani menggayakan flare jeans, anda boleh cuba dengan gaya lebih sopan. Kenyataan yang kononnya wanita yang mempunyai bentuk tubuh yang kecil tidak boleh menggayakan skirt dan baju gaun labuh adalah salah sama sekali. Sebaliknya, skirt labuh dapat membuatkan anda kelihatan lebih tinggi. Anda boleh padankan skirt dengan long sleeve shirt. 





3. Kasut tumit tinggi with low-cut vamp

Bear in mind, kasut juga sangat memainkan peranan dalam membantu memberi ilusi tinggi kerana ramai yang selalu mengabaikan pemilihan kasut yang betul. Kasut wanita yang mempunyai low-cut vamp boleh membuatkan kaki anda kelihatan lebih panjang dan slimmer, terutamanya ketika anda memakai skirt, seluar pendek mahupun baju gaun.






4. Jika anda selesa memakai seluar/skirt pendek, just go with it!

Jika anda adalah wanita yang berani dengan tubuh yang petite, it is just a fact apabila ianya tentang baju gaun ataupun skirt, you should either go lucky or super-short! Skirt mini shows more skin dan menghasilkan ilusi kaki yang lebih panjang.





5. Wear V necks

Kalau anda seorang lelaki yang rendah dan kemudiannya kurus pula, jangan sekali gunakan baju yang mempunyai potongan bentuk leher bulat kebiasaan kerana ia tidak membantu dalam menonjolkan gaya buat anda. Tidak salah atau kurang apa-apa tapi sekiranya anda memilih untuk memakai baju atau jaket yang mempunyai bentuk ‘V’, ia akan memberikan gaya lebih menarik kerana ia mampu menimbulkan ilusi ketinggian.




6. Skinny Belt

Khususnya bagi lelaki, sentiasa memilih tali pinggang yang bersaiz halus kerana jika si pemakai memilih tali pinggang yang lebar dan besar ia akan memotong separuh figura badan dan sekali gus pemakai akan nampak lebih pendek dari asalnya. Gadis juga yang mengenakan fesyen tali pinggang, jangan sekali memilih tali pinggang terlalu besar walaupun ia sedang menjadi ‘trend’ hari ini kerana gaya itu akan membunuh diri sendiri kerana aksesori itu akan lebih menonjol.




7. Pakaian satu warna

Gaya pakaian satu warna ini mungkin lebih sesuai untuk yang mempunyai badan yang agak besar kerana mampu mewujudkan ilusi kecil dan kurus. Tapi jika anda sukakan ‘stail’ ini anda boleh menggunakan kasut atau tali pinggang warna yang berlainan bagi mewujudkan ilusi ketinggian kerana badan kita tidaklah tenggelam dalam satu warna. Bagi lelaki, mungkin tali leher pula boleh dijadikan tarikan dengan warna yang agak berlainan daripada warna baju yang digayakan ketika itu.





8. Berjalur tegak

Sentiasa memilih pakaian yang mempunyai jalur menegak kerana ilusi ketinggian pasti mampu terbentuk dan jika anda memilih garisan mendatar anda akan nampak lebih lebar. Anda juga boleh memilih ‘plate dress’ kerana ia pasti menimbulkan ilusi tinggi dan pasti nampak lebih ranggi kerana corak ‘plate’ yang kebetulan sedang hangat sekarang. Tapi ingat sentiasa memilih corak ‘plate’ yang kecil dan tidak terlampau besar kerana jika salah memilih pasti kelemahan anda terserlah. Rasanya jalur nipis sudah cukup untuk menonjolkan lebih identiti dalam penggayaan anda.





9. Say Yes to High Waist Bottoms

Selain daripada Flare jeans, anda juga boleh pelbagaikan gaya dengan mencuba High Waist Bottom kerana ia akan memberi efek pinggang yang terlihat lebih panjang dan ramping dari yang sebenarnya.




Tip di atas sesuai bagi sesiapa yang mempunyai bentuk tubuh yang kecil, kerana ketinggian anda pastinya akan menjadi a serious hiccup untuk stail anda secara keseluruhannya. Tidak susah untuk menggayakan semua gaya di atas kerana anda boleh dapatkan kesemuanya dengan mudah.

Klik link pink di atas untuk dapatkan semua helah dalam berfesyen =)

1 comment:

ezyra daniel said...

teringin juga nak bergaya tapi tak pandai hehehe..