Sunday, September 27, 2015

Wedding Dayah


Assalamualaikum


Semalam sempat pergi ke majlis perkahwinan kawan sekolah rendahku merangkap jiran kami. Sebenarnya tak plan pon nak pergi kenduri kawan memandangkan parents nak pergi 2 kenduri saja, tapi bila dah keluar alang alang baik terus pergi saja lagipon sunat untuk kita memenuhi jemputan perkahwinan selagi boleh. Memang tak sangka sangat Dayah nak kahwin sebab sebelum ini jumpa tak pernah pula ada ura ura kahwin. Tup tup dah bagi kad jemputan =)


wedding card

Memandangkan kenduri Dayah ini kenduri kedua kami pergi, so hanya mampu makan buah rambutan saja sebab later on nak pergi kenduri lain pula. Time pergi pon tak ramai lagi member sekolah rendah dan tetamu datang. Majlis perkahwinan comel dan simple saja.


prop booth

Yang paling menarik mata aku ialah handmade wedding wishes book. Cantik dan rare tau sebab ditulis menggunakan tulisan Jawi dan khat. Tiba tiba aku terfikir selama aku pergi kenduri kahwin belum pernah lagi aku jumpa semua konsep dan tema berunsurkan Jawi. Sebab aku memang sangat suka observing benda sekeliling aku.


wedding wishes book

SKBM batch 2002 - 2004

Masa nak tulis ucapan perkahwinan memang buntu tak tahu nak tulis apa sebab pengantin ada dekat sebelah. Haha. Malu pulak nak menghias dan mencoretkan catatan sambil diperhatikan pengantin.


cakar ayam sangat

Selamat Pengantin Baru Dayah & Syakir

Buat Dayah dan pasangan:

Wishing you a wonderful beginning and love to last a lifetime. Wishing you a happy and prosperous married life.
Congratulations on your wedding!!!

Ok Thanks for read and Have a Nice Day

1 comment: