Wednesday, September 23, 2015

Wedding di Balok


Assalamualaikum


Entri perkahwinan ini ingat nak update esok lusa, tapi bila memikirkan yang esok dah Raya Haji dan konfirm tak akan pandang komputer punya, jadi cubalah curi masa sikit. Minggu lepas pergi kenduri raya saudara merangkap junior time sekolah rendah dulu. Pengantin baru berusia 19 tahun dah kahwin, tak sangka sangat jodoh dia dah sampai. Majlis diadakan serba ringkas tetapi menarik bagi aku.




Pelamin sangat cantik, hantaran cantik yang paling best siap boleh berkaroke lagi bagi tetamu yang ingin mengabadikan suara di majlis perkahwinan.




Kek kahwin pengantin comel tau walaupun kecil dan yang paling penting kek pengantin dibuat sendiri oleh ibu pengantin perempuan. 


kek yang comel

hidangan pengantin



Kami sampai awal jugalah, jadi memang tak ramai lagi tetamu yang hadir. Lauk kenduri pon sedap lebih kepada lauk tengah hari sebab bagi aku, aku lebih suka lauk tengah hari berbanding lauk kenduri yang biasa orang buat. Sepanjang aku pergi semua kenduri kahwin, memang jarang aku jumpa pencuci mulut nenas tapi untuk kenduri ni memang aku pulun ambil nenas banyak banyak sebab favorite sangat.




Buat Kak Long dan Pasangan,

May the bond of your love be strengthened at all times. Keep the faith, love and trust with one another, lived happily ever after as well. Congratulations!!!




Lepas tu pula kami bergegas bergerak ke kenduri lain di Indera Mahkota. Kami sampai pon dah lewat, just makan apam yang comel comel ni lagipon masih kenyang.



OK Thanks for Read. Selamat Aidil Adha =)

1 comment: