Monday, September 14, 2015

Wedding di Taman Sri Mahkota


Assalamualaikum


Minggu lepas balik kampung kejap, sebelum balik kampung kami pergi makan kenduri kawan kakakku aka my senior, as my sister and i attended same school. Wedding my senior ni agak meriah sebab ada dua pasang pengantin sekali. Biasanya kalau bersanding di dewan mesti dewan selalu penuh dan sesak kan, tapi wedding kali ini walaupun berlangsung di dewan tetapi turut tersedia kanopi di luar dewan untuk keselesaan tetamu. Majlis bertemakan hijau dan biru. 




my senior and her sister

Di sudut luar dewan turut disediakan prop booth bagi sesiapa yang ingin mengabadikan kenangan dengan bergambar dan juga menulis ucapan untuk para pengantin.


prop booth

Yang aku paling suka buku ucapan ni cantik dan simple saja yang penting ada nama pengantin di situ.


wedding wishes book


my sis turut tulis ucapan untuk pengantin

Kami datang awal dalam pukul 12, pengantin pon tak ada lagi. Tapi nasib baik, masa nak balik pengantin sedang berarak masuk ke dewan. Boleh la sempat ambil gambar dan tegur pengantin. Lepas bersalaman dengan keluarga pengantin terus kami bergegas pulang ke kampung.


kak seha dan pasangan


our wishes for the newlywed. =)
OK Thanks for Read. Start minggu ni sehingga minggu depan memang beratur kenduri time cuti sekolah.

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

tahniah pengantin

Nurfaezah Abdullah said...

semoga pasangan pengantin berkekalan jodoh selamanya :D

LZ - The Blog Owner said...

Tahniah pengantin.. Semoga kekal bahagia selamanya.. Best dapat makan nasi kenduri, lauk best2 belaka kann acu yuhan.. :-)