Friday, October 30, 2015

Our Pre Convocation Day


Assalamualaikum


Pagi Sabtu yang lalu aku selamat bertolak ke UTM untuk urusan konvokesyen yang bakal berlangsung pada Isnin 26 Oktober. Konvo hari Isnin tapi bertolak awal disebabkan Ahadnya ada photoshoot pre convocation kami. First time ambil gambar depan photographer, nervous pon ada, nasib baik kami buat group photoshoot so tak adalah malu sangat. Ikutkan hati kami nak buat photoshoot di luar UTM tapi disebabkan cinta kami terhadap UTM sangat utuh, so kami abadikan kenangan di kawasan UTM. Lokasi ambil gambar macam biasa tempat famous di kalangan student iaitu di helipad, depan masjid, tasik dan fakulti.


1) Kawasan Masjid Sultan Iskandar




Mula mula ambil gambar masing masing cuba nak cover cover, maklumlah baru warm up. Macam biasa akan ada gambar formal dan tak formal. Lepas tu hilang dah malunya sampai terlompat lompat dah semua. Tapi sayangnya kawanku di tengah ini kena behave sebab tengah mengandung. =)




2) Kawasan Helipad


Area helipad ni memang cantik sebab berbukit dan berlatar belakangkan Masjid Sultan Iskandar.




3) Depan UTM landmarks




4) Kawasan Fakulti Kejuruteraan Elektrik




Mula mula ingat nak shoot depan fakulti kejuruteraan elektrik. Tapi disebabkan jalan sangat jammed penuh dengah kereta. So shoot sajalah bawah pokok gergasi ini. Rupanya nice juga alahai nampak kecil saja kami. Sepanjang kami shoot memang buat tak malu saja muka sebab penuh mata mata memandang sepanjang tepi jalan.


5) Tasik UTM


Macam biasa pose baring. Tapi serious memang tak boleh buka mata sebab bahang. Alhamdulillah cuaca tak panas dan tak hujan masa bergambar sebab kami start pagi sampai zohor. Tapi silau nak buka mata.




6) Sebelah Padang UTM


Sebelah padang ini kami shoot seorang demi seorang berlatar belakangkan pokok pokok yang redup. Time musim konvo ini jugalah ada perlawanan sukan apa entah dekat padang, penuh sangat atlet atlet luar.


Babies in K9

Our real laugh 😝

  • Post Convo Selfie 😉

Yeay!! Kami dah grad....

Sesi photoshoot berlangsung dari pukul 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, lebih kurang 3 jam. Nasib baik kami mula awal sebab dalam pukul 2 petang tu dah mula hujan lebat. Photographer yang kami ambil ini student UTM juga yang tengah sambung master. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM50 seorang dan merangkumi photoshoot pre dan post convocation. Tapi aku tak sempat nak bergambar lepas konvo sebab lambat. Boleh usha FB Feel Emotion PhotographyGambar semua dari photographer kecuali my selfie tu.

Ok Tahniah juga kepada graduan graduan semua

5 comments:

Mazni Munawar said...

cantiknya gambar2 ni. tahniah kak! :) harap boleh grad dgn kawan2 cmni jugak

PeRdU cINta said...

cantik semuanya..tahniah.alhamdulillah.

Sweetie said...

Tahniah acuyuhan... cantiklah jubahnya... warna merah terang sesuai dengan latar belakangnya yang menghijau...

najwa zahid said...

congratulation .... x sabar nak konvo jgk...

Myra Azraff said...

wuuu bestnya, tahniah for ur convo :DD