Thursday, October 29, 2015

RECIPES : Brownies


Assalamualaikum

Minggu lepas sempat belajar buat brownies dengan kakak, rupanya sangat mudah dan Chocolate Brownies sangat tahan lama. Masuk kali ini dah dua kali kakak buat brownies dan semuanya memang cepat sangat habis maklumlah coklat memang tak boleh resist especially bitter chocolate. Nak tahu brownies jadi ke tak, senang saja kalau nampak ada surface kedut kedut tu, maknanya anda dah berjaya buat brownies.






Bahan A (Cairkan)

90g butter
170g coklat bittersweet (jenama beryls)
35g cocoa powder


Bahan B

2 biji telur dan 1 biji telur kuning
150g gula kastor
1tsp esen vanila


Bahan C (Ayak sekali)

100g tepung gandum
1tsp garam
1tsp baking powder




Cara Cara

1) Cairkan Bahan A dengan kaedah double boiler

2) Pukul Bahan B laju laju selama 10 minit dan masukkan esen vanila

3) Masukkan Bahan A yang dah dicairkan ke dalam Bahan B dan kacau sebati

4) Ayak Bahan C ke dalam campuran adunan A dan B. 

5) Satukan kesemua adunan menggunakan kaedah kaup balik.

6) Tuang dalam bekas petak 8x8 / bekas bulat 9x9. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit bergantung pada oven. Pastikan loyang sudah disapu dengan marjerin dan dialas dengan baking paper.

SIAP !!!








Coklat sangat memberi tenaga bagi aku sebab kalau makan brownies saja pon dah buat perutku penuh dan tak pandang dah makanan lain. 

OK Selamat Mencuba. Thanks for Read =)

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

cik hani said...

Brownies kedut tengah fenomena skrg. Nak try buat jugak nanti ni..

safurara said...

nampak sedapppppp! wuwuwuw

Khairul Hilmi Sidek said...

Bukannya susah sangt kan..boleh Try pasni

Khairul Hilmi Sidek said...

Bukannya susah sangt kan..boleh Try pasni

Normi Nieza said...

blh cuba nie..:)

Sweetie said...

Nampak gebu dan sedap... Next time kalau buat lagi try taburkan kepingan almond pulak atasnya... mesti sedap lagi...

Si DauN CeRi said...

macam sedaaappp je brownies akak buat tu. nyums

sy singgah blogwalking sini hee