Tuesday, November 3, 2015

Jus Roselle


Assalamualaikum


Kalau sesiapa penggemar Ribena mesti dah sebati dengan Air Roselle kan disebabkan rasanya yang lebih kurang sama. Haritu belajar try buat minuman roselle sendiri, itupon dapat bunga roselle daripada kawan. So sebagai pertukaran, aku bagilah kawanku buah markisa, resepi markisa di sini. Sebab kami masing masing memang family suka berkebun, so dapatlah benih buah kan. Tapi kalau nak cari kordial Roselle di pasaraya memang tak ada kecuali tempat tempat stokis tertentu.




Kawan punya pokok jenis Rosella Hitam macam di bawah ini.






Cara Cara

Senang saja rupanya, bunga roselle tu basuhkan dan ceraikan kelopak kelopak bunga roselle sehingga tinggal biji. Rebus roselle sehingga keluar warna, boleh tambahkan air untuk kepekatan yang suka. Boleh juga letak daun pandan untuk lebih wangi. Boleh terus masukkan gula. Tapi kami asingkan gula, nak buat baru tambah gula. Dalam berbelas belas kuntum bunga Roselle yang direbus dapatlah satu jug air rebusan roselle.


SIAP!!!




ditambah pula dengan ketulan ais berbentuk hati, urmphh memang jiwang minum roselle ni  =)

Biji Roselle tadi jangan buang sebab boleh keringkan, dan belah biji tu sebab dalam biji itulah ada benih roselle kecik kecik di bawah ini. Keringkan dan boleh tanam.


benih roselle
Ok Thanks For Read. Have a nice day ;)

5 comments:

cik hani said...

Saya suka air rossele, dulu selalu minum kat geylang kopitiam.dia punya roselle rangup bila gigit. Tapi bila saya homemade air roselle tak boleh sesedap kopitiam tu..

Tapi boleh laaaa, jimat duit

Nurzakiah Hanum said...

sedap kan

Dkna Abza said...

senang jer nak wat air nie.. kalau ada pokok depan rumah lagi best, nak minum air p petik je bunga tu kan

PeRdU cINta said...

dulu masa masih ada pokok roselle ni..mak mertua PC rajin buat ibu air..hampasnya tu buat jem..hehehe..

Farina Hunny said...

wahhh mana nak cari pokok dia