Sunday, November 1, 2015

Our Convocation Day


Assalamualaikum


Hari ini dah masuk bulan November, masuk hari ini dah enam hari berlalu selepas hari bersejarahku iaitu saat dinobatkan sebagai graduan UTM pada Isnin yang lalu. Perasaan masa nak konvo bercampur baur excited, nervous maklumlah dah lama tak jumpa kawan kawan, lagi lagi dah lama tak naik pentas selepas tamat kuliah dulu 2011. Dan Alhamdulillah kami berjaya menamatkan pengajian dengan rasminya sekaligus bergelar Alumni UTM. Macam macam perasaan ada masa menyanyikan lagu UTM Sanjungan Bangsa sampai tak terkeluar suara nak nyanyi disebabkan rasa bertuahnya berpeluang melanjutkan pelajaran di sini.




Macam biasa, 7 pagi Isnin tu semua graduan diminta untuk daftar dan seterusnya bermulalah perarakan graduan untuk masuk ke dalam dewan. Time perarakan memang crowded sangat disebabkan graduan pada sesi kami tu seramai lebih 1000 orang, so kami ambillah kesempatan untuk bergambar demi menghilangkan bosan.


Perarakan graduan jadi photoshoot graduan pula ;)

Majlis bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Sesi penganugerahan kami disampaikan oleh Pro Chancellor YB Dato' Dr Muhammad Ridzuan Bin Salleh dan Vice Chancellor YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Bin Omar melibatkan empat fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti Pendidikan, Fakulti Komputeran dan Fakulti Pengurusan. Selesai majlis, terus bergambar dengan mak, ayah dan kakak.


Syukur Alhamdulillah Im officially graduated from UTM =)

with parents

sisters

Selesai saja bergambar dengan family, terus ditinggalkan dengan sejambak bunga kekwa dan meraba meraba aku cari member. Ya Allah suasana luar dewan, memang jammed sangat, rasa macam tak boleh nak berjalan. Setiap pelusuk tempat mesti ada manusia, nak jalan pula kena hati hati takut photobomb gambar orang lain. Kawan kawan pon susah nak cari, bersepah sepah semua. Bila dapat jumpa kawan terus bergambar walaupun tak semua dapat bergambar sekali.


kawan kawan

my classmates

Kalau ikutkan perancangan memang kami satu batch nak bergambar tapi lain pula jadinya bila masing masing semua sibuk dengan family. Sepatutnya kami ada post convocation photoshoot bersama family, tapi entah macam mana boleh lupa tempat nak berkumpul bergambar padahal dekat MSI saja, erm masa tulah nak hilang ingatan kejap. Tak apalah mungkin tak ada rezeki nak bergambar dengan family lagipon family memang dah gerak awal sebab nak elakkan jammed. 


my kekwa

Suka sangat dapat bunga kekwa dengan coklat. Sebab sebelum ni kalau konvo kakak kakak saja, mesti bear dan rose. Majlis Konvokesyen kali ke 55 ini special sedikit sebab sambut sekali dnegan ulangtahun ke 30 UTM di bumi Johor. Sebelum ini UTM bertempat di KL dan masih lagi di KL.


kenangan UTM

Sekarang, masanya untuk kami memikirkan masa hadapan kami semua untuk melangkah ke alam bekerjaya dan membalas budi mak ayah.


Kepada graduan semua

Congratulation, graduates!!!
New Beginning, New Chapters, New Endeavors, New Challenges
May Allah's graces be with us as we step ahead towards our dreams,
Keep the courage as we face new challenges in life.
All the best!!!


to the future

Terlalu banyak kenangan sepanjang 4 tahun belajar di UTM dimana banyak mengajar aku erti berdikari dan bersosial. Niat asal memang nak jadi Majlis Perwakilan Mahasiswa haha, tapi atas sebab tertentu cuma mampu jadi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa saja. Itupon dah banyak bagi peluang untuk terlibat sama dalam menjayakan aktiviti aktiviti kolej dan aktiviti UTM. Betul selagi kita di tahun 1 dan tahun 2, grab lah sebanyak mana peluang yang datang sebelum berada di tahun akhir dan sebelum keluar dari UTM. Tak syoklah hidup kalau asyik belajar saja kan, nak juga bersosial.

Ok Thanks for Read. Good Luck semua

4 comments:

Nafisa81 said...

Alhamdulillahhh...tahniah ye

Farrah MF said...

Tahniah atas hari bersejarah :)

cik hani said...

Tahniah..seronok kan dapat habiskan belajar dan konvo.paling diingatil

sweet tooth said...

tahniah dik!