Monday, November 9, 2015

The New Face of UTM KL


Assalamualaikum


Masuk tahun ini dah hampir 3 tahun aku meninggalkan bumi UTM KL yang sempat kami belajar untuk tahun pertama manakala tahun berikutnya kami dikehendaki pindah ke UTM JB. So minggu lepas alang alang singgah KL, so pergilah kejap melawat UTM KL. Memang 180 darjah berubah daripada dulu. Cantik dan gah sangat bangunan bangunan tinggi sekarang ini. Jalan Semarak pon dah tukar nama kepada Jalan Sultan Yahya Petra.


new gate

Pintu pagar pon dah ada yang baru berdekatan dengan bangunan bangunan baru antaranya Scholar Inn, MJIIT, AIS, Razak School, masjid dan lain lain. Seriously tak percaya rasa UTM KL dah ada scholar inn dah macam skudai dah. Sekarang ni pon bangunan kedua scholar inn sedang dibina berdekatan dengan masjid UTM KL. Disebabkan scholar inn utm terletak di tengah tengah pusat bandar KL, so memang permintaan sangat tinggi bukan sahaja warga UTM malah warga KL yang lain dan disebabkan itu terpaksa membangunkan lagi bangunan baru yang dijangka siap akhir tahun depan. 


suasana dalam scholar inn

Tak sure water fountain di bawah ini dekat bangunan mana. Tapi cantiklah nampak biru saja.






Disebabkan masing masing perut tengah lapar, so singgahlah kafe di bawah bangunan MJIIT. Nasib baik kami sempat makan  itupon terpaksa tunggu ayam digoreng even time tu semua kafe dah nak tutup.


Nasi berlauk ayam. Banyak dan sedap =)

Kebetulan pula ada kawan kerja dekat MJIIT, so jumpalah kejap dah alang alang sampai kan. Masa konvo lepas, tak sempat nak jumpa dia ini sebab masing masing kelam kabut, fakulti pula lain.


with Aliah

Main Hall

Perpustakaan Sultanah Zanariah

Oh ya, kami pergi KL naik bas saja so memang tak terus beli tiket pon sebab ingat nak beli on the spot tapi sayangnya semua tiket ke Kuantan sold out, so bergeraklah kami dari Pekeliling ke Terminal Bersepadu Selatan untuk beli tiket di sana. Tapi sayangnya dekat TBS pon habis. Dan terpaksalah kami naik KTM ke Serendah untuk pergi ke rumah kakak. First time naik KTM dekat KL, selama ni naik LRT saja. No wonderlah tiket habis rupanya minggu lepas memang musim cuti midsem dan cuti deepavali. 


murah juga KTM
OK Have a Nice Day. Thanks for Read. 

3 comments:

Yana Libra said...

ex utm ke?hehe :)

Farah Waheda Wahid said...

wahhh dah berwajah baru...lama dah tak lalu situ...

PeRdU cINta said...

Lebih cantik pintu gerbangnya..