Wednesday, December 9, 2015

FAMILY DAY : 1st Anniversary Dinner 2015


Assalamualaikum

Lepas dah puas berendam dalam kolam sehingga terpaksa di hambat keluar oleh pengawal semua, malam tu pula ada dinner di ballroom. Sebenarnya memang tak puas nak mandi kolam, tapi disebabkan cuaca tiba tiba hujan dan guruh semua, so semua pengunjung kolam diarahkan keluar untuk faktor keselamatan. So malam tu kami pergi dinner dengan memakai tshirt seragam oren, first time dalam hidup pergi dinner sempoi macam ni. Bagus juga tak payah nak ada king queen bagai.




Masuk masuk dewan tak payah susah susah nak berebut meja sebab dah memang disediakan nama setiap seorang atas meja dengan gambar kartoon monster yang comel. Duduk tu belek belek kejap menu, rupanya menu yang dihidangkan adalah Chinese Cuisine, no wonderlah ada chopstick di atas meja. Pertama kali dalam hidup rasa makanan cina tapi kecewa tak ada dim sum.


menu

Yang paling best sebab kami diserved so tak payah nak bangun beratur ambil makanan. Servis makanan pula cepat dan cepat saja pingggan sudu yang digunakan diambil dan di ganti semula. Memang kenyang sangat malam tu sebab ada 8 menu makanan yang kami rasa. Disebabkan 1 meja 10 orang so memang makanan dah cukup cukup 10.




Five Blessing Special Hot & Cold Combination

Hidangan pertama memang excited masing masing sebab tengah lapar kan. Hidangan pertama bagi aku, memang sedap antaranya aku dapat rasa ialah ikan, seaweed dan sotong. Yang macam bentuk ayam boxing tu bukan ayam, tapi isi ikan yang dicucuk dengan batang serai.


Seafood Fish Maw Soup

Hidangan kedua memang sedap iaitu sup lapisan dalam perut ikan. Tapi bukan perut ikan. Ada jual fish maw di pasaraya. Rasa memang boleh telan sebab seolah olah makan mushroom soup.




Steamed Grouper with Light Soy Sauce

Hidangan ketiga rasanya dah biasa kita makan iaitu kerapu stim. Sedap ratah macam tu tapi rasa macam nak makan dengan nasi saja.


Fried Prawns with Spicy Salt

Hidangan seterusnya pon dah biasa makan iaitu udang celup tepung. Udang sangat besar dan rangup. Atas udang tu dihidangkan sekali dengan kerabu, rasa macam somtam sikit.




Golden Crispy Chicken

Hidangan kelima memang tekak melayulah iaitu ayam goreng tepung macam makan ayam berempah.


Braised Duo Mushroom Bean Curd with Seasonal Mushroom

Masuk hidangan keenam terus rasa macam penuh perut, tapi tetap gagahkan diri nak rasa iaitu dalam seolah olah bungkusan beg tu ada mushroom dan bean chopped. Unik dan sedap.




Mini Lotus Leaf Rice

Akhirnya dapat juga kami makan nasi. Tapi hampa bukan nasi biasa yang kita harapkan. Hidangan seterusnya adalah nasi kukus bersama teratai. Nasi sedap tapi tak boleh nak makan sebab nasi Chinese kan macam pulut sikit. Tapi overall, rasa macam makan nasi goreng ikan masin tapi versi sticky rice.


Longan Sea Coconut & Deep Fried Bun

Dalam banyak banyak hidangan, hidangan dessert la yang paling sedap dan menyegarkan iaitu bun goreng dan air longan. Memang sedap sangat fried bun makan panas panas rasa macam tak cukup, nak tambah saja lagi. Dapat pula minum air manis sejuk sebab sepanjang dinner memang kami dihidangkan dengan Chinese Tea saja. Chinese tea memang bagus sebab tak ada gula dan suam.


mak dan ayah

Masa tengah menikmati makan malam, acara cabutan bertuah turut dijalankan dan tiba tiba nama abang aku disebut sebagai salah seorang pemenang bertuah. Alhamdulillah abang dapat baucar penginapan satu malam di Studio Room Bayou Lagoon Resort + breakfast + tiket waterpark. Bagus juga rezeki dapat ke pengantin baru. 


lucky draw gift



Sepanjang dinner tu, kami dihiburkan oleh keletah Angah Raja Lawak dan Azlee Senario sebagai pengacara disamping turut dihiburkan dengan nyanyian Isma AF, kakak tomok. Sedap sangat suara Isma dah macam Dato Ct. Overall makanan memang best tapi tak berapa nak kenyang sebab makan hidang kan. Tak boleh nak tambah lelebih.

OK Thanks For Read =)

6 comments:

anak denesor said...

Wahhhh best nyeeeee..sob3 da lme x pegi dinner

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Makanan tu yg tak menahan tengok pagi hari ni Ucu Yuhan..
Sedap sungguh...
Meriah ye..

Yana Libra said...

wahhh...meriahnye...sedap2 plak tu~ :)

cik hani said...

wah..meriah noooohh...
sedapnya menu nya

sweet tooth said...

makannya tema chinese food... best tu... banyak course... :-)

Zee Suhaini said...

tak tahan tengok makanan..