Tuesday, December 8, 2015

FAMILY DAY : Bayou Lagoon Resort


Assalamualaikum

Weekend minggu lepas, satu keluarga kami 10 orang bertolak ke Bayou Lagoon Resort Melaka untuk acara Family Day PDE. Biasanya join family day company ayah, tapi tahun ni tak sempat join tapi sempat join family day yang lain pula. First time join Family Day PDE sempena penubuhan PDE yang pertama dan insyAllah akan join untuk tahun berikutnya pula. Setiap family memang diberi penginapan bermalam di Suite Apartment with 2 bedroom. Bilik memang cantik tapi tak dan nak snap gambar sebab masing masing letih. 




Apartment ada 2 jenis sama ada Amari atau Tahiti Villa. Kami menginap di Tahiti Villa. Kebetulan pergi waktu nak dekat Krismas, so dekorasi lobby memang berunsurkan Krismas.






Semasa pendaftaran, kami diberi t shirt untuk dipakai semasa dinner nanti, voucher breakfast esoknya, dan semestinya tiket nak main dekat waterpark. First time dalam hidup aku berani cuba main permainan air, sebab selama ni pergi just rendam rendam kaki dalam air.


baju, kupon dan tiket

view dari bilik

Yang paling best Bayou Lagoon ni sebab dia ada sekali dengan Water Park dan Theme Park nya sendiri. Lepas dah rehatkan diri semua, petangnya terus kami masuk dalam air. Seriously water park sangat best dan menakutkan. Kami tak dan nak pergi theme park, lagipon theme park tak meriah sangat. Kami pergi time school holiday memang ramai sangat orang.




Ketiga tiga gelongsor di atas ini semua aku dah try, sangat thrilled. Yang paling mencabar gelongsor warna biru, rasa macam naik rollercoaster tau. Masa menjunam dalam kolam pon memang mencabar sebab tak pakai pelampung so terkapai kapai nak timbul balik. Tapi seriously rasa macam nak melayang keluar dari gelongsor, sebab laju sangat. Gelongsor yang tengah tu pula best juga sebab area kolam bahagian tu tak dalam sangat sebab mozek tinggi so sesuai untuk children.




Gelongsor yang warna warni di bawah ini pon best. Kami siap gelongsor bersama sama lagi sebab banyak kan. Gelongsor yang ni ok tapi rasa macam nak menjunam terbang sebab dia macam menghentak punggung sikit. Saat semua orang nak jatuh dalam air, memang masing masing lawak muka. Tapi itulah tak ada gopro atau yicam, so tak dapatlah nak merakamkan memori gelongsor.




sisters

Bagi aku, Bayou Lagoon ni memang ok tapi tak ok dari segi lif. Lif ada 3 so tak dapat nak menampung pengunjung yang menginap dari tingkat 1 hingga tingkat 11. Lepas tu pula, lif pengunjung campur dengan lif untuk pekerja. Cuba bayangkan kami siap kena beratur panjang nak naik lif, sekali dengan bell boy pon beratur sekali. Sepatutnya lif penumpang dan pekerja diasingkan. Nasib baik kami menginap di tingkat 5, so dapat naik tangga saja.

OK Thanks for Read =)

4 comments:

luqman zakaria said...

bestnye..lame xmain air ini..hehe..tapi betullah kan lift pekerja patut diasingkan..tak pasal pasal kena beratur panjang..huhu

Yana Libra said...

menarik jugak :)

sweet tooth said...

family day company i buat kat sini gak...tapi i x dpt join sbb hubby keje...

Norzi beautilicious house said...

menariknya,, Kak norzi mmg plan nak pergi Bayou Lagoon Resort ni cuti sekolah March nanti.. thanks bagi review..