Friday, December 11, 2015

FAMILY DAY : Magic Art Museum


Assalamualaikum


Hari keesokannya sebelum balik ke rumah, kami breakfast dulu dan lepas tu terus pergi ke Magic 3D Art Museum. Magic Art Museum di memang terletak dalam kawasan Bayou Lagoon juga. So hanya jalan kaki dari lobi dan terus ke bangunan pink. Museum ni 2 tingkat, tak adalah besar sangat tapi cukuplah untuk kami mengabadikan kenangan di sini. Muzium art ni bosan bagi sesiapa yang tak pandai berlakon atau tak suka seni. Sebab masuk masuk hanyalah nampak lukisan kreatif yang cantik. So daripada korang bazir bayar tak buat apa apa, so better berlakon.




tiket masuk

panduan ambil gambar supaya nampak real

Tiket masuk bagi dewasa adalah RM25 seorang, kanak kanak / warga emas RM20 dan individu yang bawah 90 cm adalah percuma. Agak mahal sebenarnya kan. Tapi tak tahu kenapa kami dapat harga kanak kanak RM20. Disebabkan kami datang agak awal dalam pukul 9.30 am, so masuk masuk kami memang blur tak tahu nak posing macam mana, nasib baik ada staf yang terangkan tip and trick nak ambil gambar supaya nampak real. Jangan risau, setiap potret dah memang ada guide dan contoh untuk ambil gambar seperti di atas. So let the pictures talk.




tolong, kak..

Gambar kat bawah ni iaitu kedudukan kamera yang betul untuk ambil gambar setiap potret supaya nampak hidup. Di setiap lambang kamera di bawah ini, dah memang ada arrow untuk gambar yang betul. So boleh tengok sendiri.


panduan kedudukan kamera yang betul

erm tak tahulah nampak real ke tak 



My BIL



Dalam sejam lebih jugalah kami berlakon dalam museum art tu. Boleh juga minta khidmat photographer untuk tolong tangkapkan gambar anda dan di luar kedai tu, ada sudut cenderahati dan gambar untuk simpanan. Erm teringin pula nak pergi Museum Art yang boleh nampak tinggi dan rendah tu kan. Tapi tak tau kat mana.


souvenir
OK Thanks for Read. Have a Nice Day =)

3 comments:

najwa zahid said...

agak mhal jugk utk yg x pndai posing mcm sya ni. bergambar pon tegk je

Amie said...

Belum lagi sampai ke sini... in shaa Allah minggu depan balik kampung, kalau sempat nak bawa anak2 ke situ.

Yana Libra said...

mmg nmpk real lah :)