Thursday, December 10, 2015

Pengalaman Interview III


Assalamualaikum

Bulan lepas aku dan 3 orang kawan pergi KL kejap untuk menghadiri temuduga terbuka SL1M CIMB di Jalan Raja Laut. Open Interview ini berlangsung dari 16 November sehingga 27 November 2015 bermula pukul 9.30 am till 4 pm. HQ CIMB senang saja nak cari sebab betul betul sebelah SOGO Mall. So boleh naik lrt ke Bandaraya. Disebabkan kami sampai dalam waktu lunch hour, so kami makan dan lepak dulu di SOGO Mall untuk interview pukul 2 pm nanti. Langkah kanan pula masa tu sebab SOGO tengah promosi Year End Sale so banyak sangat barang branded murah. Tapi tak beli pon sebab terlalu ramai manusia.


Ok dalam pukul 2 pm kami ambil visitor pass dekat receptionist, then naik tingkat 18. Macam biasa akan diberi employment form untuk diisi. Seriously aku sangat bosan isi employment form sebab benda yang sama dan banyak. Lepas tu kami diberi satu answer sheet dan soalan. Agak pelik juga rupanya kami dikehendaki menulis essei berdasarkan soalan yang diberi. Soalan ada 4 tapi boleh jawab 1 saja. Soalan lebih kepada current issue antaranya berkenaan 1 Malaysia, Kelebihan belajar dalam dan luar negara, dan dua lagi soalan aku tak ingat sebab tak pernah tahu pasal isu semasa tu. So aku pilih untuk jawah Konsep 1 Malaysia dalam masa 30 minit. Essei Interview in English tau, aku just translate soalan saja.


my frenz.. oh ya, bilik interview yang kat belakang, ada 2 orang tu..

Lepas dah habis jawab, tunggu sekejap sehingga nama dipanggil dan di temuduga oleh seorang saja panel berbangsa cina. Agak cuak juga sebab masa first candidate memang lama sangat boleh katakan hampir sejam, Then nasib baik next candidate ambil masa lebih kurang 20 minit. Bilik interview pula memang transparent so boleh nampak sesi interview tengah berjalan. Time kami pergi pon boleh katakan ramai juga calon lain dalam 25 orang. Soalan ditanya lebih kepada:


1) Introduce yourself

2) Why SL1M?

3) Whats your ambition? 

*please jangan jawab pilot, doctor or else. But the answer must more to your long term goal eg I want to be well understanding and well experienced in what i do. Or I want to be in respectable position and work at the reputed company.


4) Which department you prefer? Why?

*risk management / strategic planning / banking operation / customer service / sale / IT and etc


5) What do you think about customer service? face to face / by phone?

*better choose face to face sebab boleh jadi front office or teller. 


6) What about sales?

*but dont worry for sl1m trainee memang tak ada untuk sales department, unless kalau absorbed to employee.


7) Which location you prefer? 


SL1M Training ini selama 4 bulan dan akan dibayar RM1000 sebulan. Disebabkan kami pergi interview pada hari agak last iaitu 25 November, so kami tak dapat nak join SL1M untuk bulan Disember ni yang bermula 7 December lepas. Maybe sebab dia chose ramai calon awal awal lagi yang pergi interview. Bila aku tanya kawan kawan, SL1M CIMB lah antara senang nak dapat berbanding yang lain, sebab kawan ramai lepasan sana. So apa kata cuba saja. Dapat tak dapat lain cerita, yang penting kita usaha kan.


2 jam lebih jugalah bertapak di CIMB tu, then lepas habis 4 orang kami interview dalam pukul 4 30 pm, kami pergi mengisi perut dan berjalan di Times Square. Memang cantiklah semua mall dengan Dekorasi Christmas,Christmas wishes la. Kemudian, naik bas pukul 9 malam, sampai rumah pukul 12 malam.


Christmas wishes




kenangan

Harap nukilan aku ni berguna untuk siapa yang bakal pergi temuduga SL1M khususnya CIMB. Cuma apa yang boleh aku cakap, banyakkan alert mengenai isu semasa Malaysia yang semakin banyak ni. Itu belum lagi interview kerajaan, lagilah segala isu tersirat tersurat semua dia nak kita tahu. Dan tolonglah pergi awal interview terutamanya open interview, sebab probability nak dapat lebih tinggi bagi siapa yang pergi pada tarikh awal berbanding tarikh akhir akhir.

Thanks for Read. Good Luck =)

3 comments:

Syazwani Mazlan said...

good luck diluar nanti =)

yanntulis said...

tq for sharing the tips. saya pun nak pergi open interview cimb next week. hope it goes well. aminn

farah Ilyani said...

Hye. Sy pun nk pegi next week. 5 dec kn? 😃😃