Sunday, December 27, 2015

Pengalaman Interview V


Assalamualaikum


Hari itu aku ada apply untuk Entrepreneurship SL1M under Khazanah Nasional. So memang dah prepare kalaulah dipanggil untuk temuduga di KL, tapi rupanya tak payah susah susah nak ke sana, sebab pihak HR sana hanya akan adakan phone interview saja. Sangat sangat memudahkan calon dan beberapa hari sebelum tu memang staff dia akan call untuk confirmation tentang phone interview yang bakal diadakan. Dia dah bagitahu siap siap tarikh dan waktu bila kita akan ditemuduga, so kerja kita senang saja just make sure sentiasa stick dan alert dengan phone.


Pertama kali juga ditemuduga via telefon, urmph banyak betul pertama kali dalam hidup aku kan. Biasalah semua benda bermula dengan first time. Rupanya debaran jawab soalan interviewer lagi kuat berbanding kita face to face interview. Walaupun via phone, soalan tetap sama seperti seolah olah kita berhadapan dengan interviewer dan makan masa lebih kurang 20 minit juga. Dan soalannya lebih kepada usahawan disebabkan entrepreneur SL1M dan lebih kurang beginilah soalannya:


1) Tell me about yourself, education, family and so on.

Aku just cakap benda biasa yang kita introduce, tapi interviewer tu nak juga tahu pasal background family kita maybe sebab dia nak tahu either kita ini ada tak darah berniaga dalam family kita dan jujur aku cakap family kami makan gaji saja. Melainkan ada juga business kecilan yang kami buat adik beradik.


2) Why SL1M?

Kena banyak relate kan dengan skill perniagaan eg collaboration, negotiation, etc.


3) What do you see yourself in 5 years?

Kena reka rekalah contohnya memiliki premis sendiri, memiliki Cafe Tempoyak ke walaupun benda tu mustahil atau mengarut sebab dia nak tengok effort kita ke arah tu.


4) Whose entrepreneur that you admire? Why?

Seriously aku tak expect pon soalan ini disebabkan aku hanya fokus pasal company background. Dan entah aku main sebut saja siapa siapa yang terlintas dalam fikiran aku. Then bila dia tanya why, mulalah gelabah nak bina ayat sebab tak pernah tahu dan kenal pon entrepreneur yang aku sendiri sebut.


5) Have you participated in any SL1M?


6) What your biggest achievement in your life?


Cakap pasal usahawan, kagum pula dengan belambakan usahawan muda melayu sekarang ini. Salah satunya butik butik under Gio Mall yang baru dibuka di Kuantan 


Frankly speaking, aku lebih prefer face to face interview sebab kita akan lebih tenang dan ambil masa pandang muka panel dan mungkin dengan pandang muka dia, kita akan dapat ilham untuk hentam ayat nak cakap kan. Tapi bila phone ni, rasa macam kita ada limited time sebab interviewer tu memang tanya soalan bertubi tubi non stop dan membuatkan kita pon rasa macam sesak nak jawab, nak fikir ayat nak hentam. 


Untuk SL1M ni, calon akan diberi on the job training selama 7 bulan termasuk 22 hari of specialized training modules, dan selebihnya calon akan diassigned ke mana mana entrepreneurship company sekitar selangor dan KL. Calon juga akan dibayar elaun minimum RM 1500 iaitu RM 1k daripada Khazanah Nasional dan RM 500 atau lebih daripada host company. Kiranya calon banyak ke arah belajar tentang basic entrepreneurial, business skills, sales and marketing selama bersama host company tu. Sangat berbaloi dan berkesan bagi sesiapa yang memang minat berniaga dan berani mengambil cabaran.

OK Thanks for Read. Have a Nice Day 

11 comments:

Fatin Liyana said...

Takutnya bila kena interview via phone. Fatin prefer lagi face-to-face, sebab rasa macam ada confidence tinggi sikit. Walaupun sebenarnya takut dua-dua, tak nak di'interview'. Hehehe. Good luck and all the best ye :)

cik hani said...

kami lagi okey bila interview by phone.
jenis malu bile berdepan..hehehe

Didie Kamila said...

Dula pernah jugak ada interview via phone..
Mcm screaning interview je..
Lebih kepada nak tgk kebolehan brckap dlm english dan cara bercakap je..
Lepas tu kene datang interview face to face jugak..huhu..

Deanna Morni said...

Sy pn prnh interview via phone..mmg xbest kan..f2f bru best...papepun..all da best ye ;)

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum...

Tahniah tau...dapat temuduga...bukan senang tu...tapi bila dah rezeki...Insya Allah dapat....

aryan azra said...

salam kenal...

akak paling takut kalau kena interview..

apapun tahniah dapat temuduga, moga berhasil ya

Cik Yaya said...

wah...Yaya tak pernah merasa lagi phone iv ni cemana.. walau apapun cara di iv, itu memberikan pengalaman buat kita kan :).. btw yaya dah follow awok

Lisa Andini said...

Agen SBOBET - Agen JUDI - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen 988Bet
Agen Sbobet
Agen Judi Online
Agen Judi
Bandar Judi
Agen Bola Bonus
Bandar Asia77
Agen Poker
Agen Asia8
Agen 1sCasino
Agen Casino
Agen Bola IBCBET
Agen Bola Sbobet
Prediksi Bola

Joe Haz said...

banyak jugak dapat elaun SL1M.

fyna jaafar said...

Nak tanya , yang ni sl1m under apa? Kalau company yang sales & marketing elaun dikira macam mana? Based on commission ke?

acu yuhan said...

Slim under khazanah. Elaun slim memang fix, setahu saya kalau buat sales pun, slim xdpt commision unless kalau dah jadi staf.