Thursday, December 3, 2015

RECIPES : Cinnamon Roll


Assalamualaikum


1 Disember lepas, kakak aku buat Cinnamon Roll, atau pun roti kayu manis. Sekali imbas nampak macam Roti Coklat, kadang kadang nampak macam Roti Kacang. Sejujurnya kami bukanlah penggemar cinnamon apatah lagi nak buatnya. Tapi serious bila makan roti ini, tak rasa pon macam makan cinnamon dan memang sangat lembut dan gebu. Disebabkan lembut sangat, so agak complicated masa nak roll. Tapi boleh saja buat. Cinnamon ni nak buat ada 3 step iaitu doh, filling dan glaze.






Dough

3 1/2 cups flour
2 1/4 tsp dry yeast
1 cup lukewarm milk
2 tbsp + 1 tsp sugar
1 tsp salt
2 eggs
4 tbsp oil / melted butter


Filling

5 tbsp butter (room temperature)
1 1/2 ground cinnamon
1/2 cup brown sugar


Icing (glaze)

1 cup powdered sugar
1 tbsp vanilla extract
2 tbsp milk




Cara Cara


1) Dalam satu bekas, masukkan yis, 1/3 cawan susu dan 1 tsp gula. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga berbuih.

2) Yis dah berbuih dan kacau.

3) Dalam bekas lain, campurkan tepung, 2 tbsp sugar, garam, telur, yis dah larut, minyak, dan selebihnya 2/3 cawan susu. Kacau dan uli doh sehingga lembut. Tapi nak lebih senang cuma guna breadmaker macam kami guna. Setkan kepada doh.

4) Selepas 1 jam setengah, doh dah siap dan naik. Ketepikan

5) Dalam bekas kecil, campurkan butter dengan cinnamon dan brown sugar.

6) Kacau sehingga sebati. Next boleh proceed ke bahagian roll. 




Cara Cara 


A) Keluarkan doh yang dah kembang dari bekas, dan uli sehingga saiz 12 x 18 inch (30 x 45cm) segi empat tepat. 

B) Sapukan filling ke atas permukaan doh sehingga rata.

C) Gulung doh, dan gamkan di bahagian atas dengan air.

D) Potong doh kepada 12 bahagian.

E) Letakkan setiap potongan di atas tray 9 x 13 inch (23 x 33 cm) dengan setiap jarak setiap potongan supaya dapat kembang dengan sempurna. Biarkan seketika doh selama 1 jam sehingga double size. Panaskan oven 180 C dan bakar selama 20 minutes until lightly browned.

F) Untuk glaze atasnya, campurkan susu, esen vanilla dan susu. Kacau sebati and before serving, drizzle over the rolls.


SIAP!!!


nampak tak glaze atas tu.




Memang semerbak rumah bau cinnamon, dan sedap sangat. Cinnamon roll sangat sesuai dimakan bersama air susu. Satu kombinasi yang menarik. Even hari ini pon masih tahan lagi cinnamon roll ni.



Thanks for Read. Selamat Mencuba

5 comments:

cik hani said...

sedapnya

Mrs. A said...

Aduh! complicatednya untuk orang kurang rajin macam Mrs. A.
Nampak gaya beli ajelah :-)

adiba rusli said...

waaahhh. tgok je pun dah mula cravingggg!!!

ombak bergigi said...

jemput join

http://ombakbergigis.blogspot.my/2015/12/pencarian-blog-terkemas-2015.html

sweet tooth said...

menarik ni...bleh try dgn bread maker... dulu i buat tak dop bread maker, keras kong rotinya... hahahaha...