Sunday, December 13, 2015

RECIPES : Roti Pretzel


Assalamualaikum

Khamis lepas belajar buat Roti Pretzel dengan akakku. Selama ni biasa makan pretzel dekat Auntie Anne saja, sekarang ni dapat pula makan yang homemade pula. First time dulu beli pretzel Auntie Anne dalam entri ini, daripada pretzel dijual dulu besar sehingga bulan lepas beli, amboi makin kecil pula saiznya, tapi harga makin bertambah pula. Tolonglah kalau nak berniaga maintainlah saiz. Pretzel yang kami buat ni perisa pizza seasoning dan original. Bahan bahan pon senang dan memang dah ada di rumah unless lah kalau korang nak letak perisa pelbagai yang kena cari di luar.






Bahan Bahan:


1 1/2 cups water
1 tbsp sugar
1 1/2 tsp salt
1 package dry yeast
2 tbsp melted butter
4 1/2 cups flour

5 cups water
1/3 cup baking soda

Egg wash (1 egg beaten with 1 tbsp water)
Salt for seasoning / others seasoning




Doh

A) Disebabkan kami guna breadmaker, so kami terus masukkan bahan bahan dalam bekas breadmaker. Masukkan air, gula, garam, dan yis. Kacau dan biarkan selama 1 minit sehingga yis berbusar / berbuih.

B) Bila dah berbuih, masukkan tepung dan melted butter. Dan boleh masuk dalam breadmaker dan setting ke doh selama 1 jam setengah. Kalau tak ada breadmaker, boleh guna mixer dan uli.




Cara Cara

1) Panaskan oven pada suhu 225 C selama 15 minutes. Bila doh dah siap, keluarkan dan golekkan rata.

2) Disebabkan kami buat nak buat 12 keping pretzel, so bahagikan kepada 12 bahagian. Ambil 1 bahagian dan uli sehingga memanjang, tak tebal tak nipis jangan sampai putus. 

3) Ok bentukkan seperti ikatan pretzel, seolah olah macam simpul. Boleh refer youtube kalau tak tahu nak simpul. Pastikan loyang dilapik oleh baking sheet dan sapukan minyak di atas baking sheet tadi.

4) Dalam periuk, masukkan air dan baking soda. Panaskan api sederhana dan kacau sehingga larut. Dah siap 1 loyang pretzel, boleh celupkan sekejap pretzel dalam air baking soda tadi dan sejatkan. Tujuannya mungkin untuk pretzel lebih rangup di luar. Hati hati masa nak angkat, takut putus ikatan.

5) Dah siap celup dalam baking soda, dalam bekas kecil, campurkan telur dan air. Kacau sebati dan beruskan egg wash tadi di atas keseluruhan pretzel untuk lebih nampak berkilat. 

6) Lepas dah egg wash, boleh taburkan sedikit garam di atas pretzel untuk rasa original. Kalau nak letak perasa lain, tak payah letak garam. Time lepas egg wash la, korang boleh letak perasa yang korang minat. Dan boleh bakar selama 15 minit /sehingga keperangan. 


SIAP !!!




pizza seasoning
original seasoning

Nak buat pretzel bread ni mudah dan cepat saja, tapi yang ambil masa lama bila nak pintal pretzel tu. Aduh, boleh ada muscle ni. Nasib baik buat 12 keping saja. Boleh letak seasoning almond, seaweed, cinnamon, atau pun cheese. Kalau korang rajin boleh buat Chocolate Dip atau Caramel Dip. Alaa yang selalu ada dijual kat Auntie Annes. memang lagi sedap. Nak letak pizza topping pon boleh ala ala Cheesy Turkey. Pretzel kami buat ini oklah sekali gigit dapat rasa keras, tapi lembut di dalam.

OK Thanks for Read. Selamat Mencuba =)

9 comments:

Syamsid Dhuha said...

Waaahhhh I like pretzel a lot , even after my class I always buy one or two for lunch break till the next class !! . I'm totally bookmark this page bcs want to try it at home :) . Awesome post Acuyuchan! :)

- Syamsid Blog -
.

Yana Libra said...

sedapnyee...mcm sng jeee

Puan Kutu said...

wow guna bread maker senanglah kerja meroti.hehe..harga mahal saiz makin mengecil nk puas hati buat sendiri la kan..puas makan

Nur Khairul Azizi Mohamad said...

sedapnya.... nyum nyum...

Masita Eyta said...

alamak terliur la pulak huhuhu

Cahaya Hayati said...

hi acu yuhan. done follow back

Dalia Hassan said...

sedapppnyaaaa.....

Othman Zan said...

Assalam. Wah lama dah tak makan pretzel. Dah langsung teringin ni.

Umie Sapidah said...

macam menarik jer ni.. kalau beli kat aunty anne ni kena makan cepat-cepat.. kalau x nanti liat.. dah ada resepi ni nanti nak try gak la.. tq acu yuhan...