Monday, December 21, 2015

The Panaderia Kuantan


Assalamualaikum

Hari itu, teman kakak pergi beli barang dapur dan lepas tu ingat nak pergi makan kek dekat Kula Cakes dalam entri ini, tapi tiba tiba terfikir nak try kek dekat tempat lain pula. So pergilah kami ke THE PANADERIA Dessert House & Cafe. Panaderia dalam bahasa Spanish, bermaksud Bakery. Tempat tu dah lama, tapi tak ramai orang tahu kan berbanding Kula Cakes yang famous tu. Diner cantik dengan dekorasi dan art yang cantik. Yang paling penting makanan memang sedap berbaloi dengan kita bayar.




Menu pon dah mengiurkan

Mula mula ingat nak makan ringan ringan saja just makan kek, tapi rupa rupanya The Panaderia ini bukan sahaja famous dengan kek, tapi juga terdapat makanan berat, dan sampingan seperti makanan melayu. So kami terus decided nak lunch terus. Churros pon ada. Dekat sini mostly pekerja lelaki dan tukang masak perempuan.





Rambang mata nak pilih kek antaranya German Oreo, Chocolate Salted Caramel, Pandan Layer Cake, Rainbow Cake, Triple C, Macaron, Red Velvet Cake, Cheesy Choc Fruity, Pavlova dan banyak lagi pilihan.


variety of cake

our lunch :)

So kami pilih Main Dish :

Nasi Lemak Telur Rebus = 4.70 MYR
Nasi Lemak Telur Goreng = 5.30 MYR
Laksa Penang = 7.40 MYR


Beverages pula :

Teh O Ice = 3.20 MYR
Milkshake Mocha = 9.00 MYR


Dessert (Slices) :

German Oreo = 7.30 MYR
Pavlova = 5.30 MYR


German Oreo & Pavlova

Disebabkan tengah lapar, so kami order nasi. Seriously nasi lemak sedap sangat, sambal pon pedas sedap. Laksa penang pula memang puas hati makan. Inilah laksa yang paling sedap makan dekat kedai, sebab biasa kalau order laksa dekat kedai mesti kuah cair, ada yang rasa belacan lah. Tapi laksa ni memang dapat rasa kuah pekat ikan dan masam pedas. Kek pon sedap, pavlova dia pula biasa makan manis kan, tapi baguslah pavlova ni tak terlalu manis. Tapi honestly memang kami makan bertiga even air kongsi pon dah kenyang sangat perut.


Total semua :

39.81 MYR + 2.39 MYR (GST) = 42.20 MYR


sudut untuk bergambar



Alamat:

A-11, Ground Floor, Lorong Tun Ismail 2, Sri Dagangan 2, 25000, Kuantan
017-9221464 / 019-9881452
10am till 1am

Berdekatan Rocana Hotel. Sederet dengan Politeknik Metro dekat dengan simpang traffic light menuju ke Megamall.
(Waze pon boleh saja kedai ini)

OK Thanks for Read. Have a Nice Day

12 comments:

ros nordin said...

wah nanti sampai kuantan kena try jugak ni .hehe :)

yaya cendana said...

HAI...done follow back :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kemasnya tempat tu Ucuyuhan..
Rasa selesa menikmati juadah disitu..
Dah lama akak tak makan Pavlova tu..
Macam nak mencari pulak..

Dunia Zumal said...

Menarik gak konsep bakery nie, Insha Allah kalau ke sana Zumal nak singgah ^-^

Sarah lalala said...

you've been tagged :)

http://messarah.blogspot.my/2015/12/9-questions-for-list-of-bloggerss.html

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum....dah follow...agak lambat agak sibuk sikit...

Suka Milkshake Mocha tu....heheheh

Amira Faiza said...

dah pernah makan jugak kat sini! Haritu try asam pedas dia. Rasa lapar pulak bila ingat balik huhu

Eiqa ciK said...

Wah. Sedapnya semua makanan kat situ. Btw Eiqa done follow back. :)

Ms Qiya Saad said...

nice sharing..:)

Othman Zan said...

Assalam. My boy suka tempat-tempat macam ni.

Lisa Andini said...

Agen SBOBET - Agen JUDI - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen 988Bet
Agen Sbobet
Agen Judi Online
Agen Judi
Bandar Judi
Agen Bola Bonus
Bandar Asia77
Agen Poker
Agen Asia8
Agen 1sCasino
Agen Casino
Agen Bola IBCBET
Agen Bola Sbobet
Prediksi Bola

Joe Haz said...

jarang cafe tutup 1 am. biasa pukul 10 dah tutup.