Sunday, January 24, 2016

Lunch di Shogo Cafe


Assalamualaikum


Semalam jumpa kejap kawan kat Sogo, alang alang kebanyakan kawan duduk KL, so jumpalah kejap kawan sekolah menengah. Tak dapat nak luangkan masa sangat sebab masing masing pun rushing, so just makan tengahari saja, itupun tak sampai sejam pon.


Since kawan tunggu dekat Shogo Cafe, dengan automatiknya terus lunch sana. Selama ni tak pernah perasan pun kewujudan Shogo Cafe sebab jarang pergi floor bawah. Ramai gila orang dekat sogo sebab sale habis habisan semalam. Sedap jugak makanan lebih kepada western.


Fettucine Al Pesto Prawn & Lemonade

Spaghetti Vongole & Lemon Tea

Spaghetti Marinara & Jasmine Green

Foods kami ordered:

Spaghetti Marinara : MYR 18
Spaghetti Vongole : MYR 12
Fettuccine Al Pesto Prawn : MYR 16


Beverages pula:

Ice Lemonade : MYR 5.90
Ice Lemon Tea : MYR 6
Jasmine Green : MYR 5


Total semua : MYR 66.65


tempting pulak nampak sekarang

Bagi aku, yang paling sedap Spaghetti Vongole sebab pedas. Spaghetti Marinara sedap sebab penuh dengan udang, rasa macam spaghetti dengan tomato sauce. Yang aku punya Fettucine Al Pesto Prawn tak sedap pun sebab oily dan tak pedas pun. Tapi overall makan saja sebab lapar kan, tapi cepat saja lapar balik sebab perut nak nasi haha.

Ok Have a Nice Weekend 😁😁

6 comments:

Penjejak Mimpi said...

Assalamualaikum wbh & salam kenal.

Tak pernah singgah Shogo Cafe ni walaupun boleh kata tiap2 minggu ke Sogo cari barang. Setakat lalu jer kalau naik ke kafe tu..

Harga macam ok tapi sedap tu tak tau ler.. muehehe..

Fieyqa Adelova said...

sedapnyaaaaa. tapi cafe ni owner nya melayu ke?

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Kunjung balas dan follow blog nie... Biasa juga shopping kat SOGO tu... Tapi, setakat nie tak pernah lagi makan-makan di SOGO tu...

acu yuhan said...

Xsure la malay ke x, tapi ada logo halal je :)

acu yuhan said...
This comment has been removed by the author.
nohas said...

tak pernah lg makan di sini, boleh try nanti..selalu tapau kebab/spagheti kambing kt Kyro's Kebab..