Monday, January 25, 2016

New Year's BBQ


Assalamualaikum

Pagi thaipusam ni tak tahu nak buat apa, jadi beleklah folder gambar maka terdetik nak buat post pasal dinner kami anak beranak masa cuti New Year lepas. Al kisahnya family bila dah ramai dekat rumah so macam macam plan ada antaranya Barbeque beramai ramai. So tengahari tu pergilah ikut kakak beli aneka daging, arang dan tempat panggang. Arang kayu pun susah nak jumpa sebab sekarang arang yang kecik kecik banyak jual, tapi cepat sangat haus.


Petang tu lepas beli barang, masing masing dah ambil bahagian. Seorang in charge bahagian buat kuah bbq, buat coleslaw dan masak nasi goreng cina. Nasi mesti ada barulah lagi kena makan bersama bbq. So dalam pukul 7 petang tu, abang abang ipar dah start grill dan mula menghidang lepas isyak.

sesi grilling

dah siap

heavy dinner

Petang tu memang sengaja dah siap siap kosongkan perut sebab dah aim nak melantak daging malam ni, even lunch pun makan light meal saja. Alhamdulillah kenyang kami malam tu dengan makanan sampingan buah rambutan lagi. Yang paling best mestilah lamb chop, my all time favorite. :-)






Presentation pun tak berapa cantik dan kemas sebab terketar ketar lapar nak makan. Even tak fully habis malam tu, esoknya breakfast dan lunch pun ulang makan dan habis juga brokoli, sosej, dan baby carrot semuanya. 

Pen off. Thanks for Read =)

5 comments:

Fieyqa Adelova said...

ya Allah sedapnya T_______T kalau makan tepi pantai best ni!! hihi

Nadratul Syazwana said...

Wahhh bestnya dia ber BBQ. Nad suka gila buat BBQ ramai ramai gini hehe meriah =) Dah lama tak ber BBQ.

nohas said...

bestnya..complete dgn brokoli n coleslaw..makan beramai-ramai mmg sangat syok..

norhidana miswan said...

bila family berkumpul ramai2 pastu bt bbq mmg otomatik meriah n seronok....

simistik said...

sedapnye...teliur.... T_T