Monday, February 29, 2016

Chilis at Paradigm Mall


Assalamualaikum


Sabtu lepas teman member pergi beli barang rumah, disebabkan tak tahu nak pergi mana jadi serahkan saja dekat member decide nak ke mana. Tup tup dia kata jumpa kat Paradigm Mall, time tu jenuh dah fikir kat mana pula Paradigm Mall sebab first time dengar mall tu. Rupanya di area Petaling Jaya since kawan aku tu duduk PJ, so senang untuk dia ke sana tapi derita dan jauh pula untuk aku ke sana. Esoknya nak jumpa, malam tu dok google cara nak ke sana, rupanya senang saja cuma ambil LRT ke Kelana Jaya, dari LRT Kelana Jaya, turun tunggu bas di bawah, naik bus shuttle free Paradigm Mall yang dah disediakan. Bas shuttle tu bas rapid biasa saja cuma dia ada tulis lah "Paradigm Mall via Kelana Jaya LRT'. Bas available selang sejam. Hari tu aku sampai KJ LRT pukul 12.15 am dan naik bas pukul 1 pm.


Sampai sampai mall pon dah tengah hari, so kami isi perut dulu lagipon 27 February tu birthday member ni. Saja buat buat tak ingat, tapi sebenarnya ingat cuma sayang sebab tak jumpa pula kedai kek at least adalah signature birthday untuk member. Banyak sangat pilihan restoran dan akhirnya si Nadia ni nak makan pasta dekat Chili's. First time tau aku makan kat Chili's, agak pricey but worth it sebab big portion, kenyang even sampai malam kenyang lagi. Almost tak habis juga tapi gigih juga nak habiskan sampaikan hampir 2 jam juga kami duduk di Chili's, borak punya borak sampailah kami makan habis. 


pasta & burger jadi pilihan

Foods & Beverages:

Cajun Chicken Sandwich = MYR 24.95
Cajun Pasta Chicken = MYR 27.95
Cappucino = MYR 7.95
Espresso = MYR 7.95

 10% Service = MYR 6.81
6% GST = MYR 4.51

Total = MYR 79.40




Chili's ni famous dengan chip kentang cicah dengan kuah pekat sedap tu. Tapi kami lapar sangat, so aku pilih nak makan burger Cajun Chicken Sandwich with fries. Burger sangat sedap dan besar, puas juga nak kerat dan masuk mulut sebab daging ayam dia yummy. Air pulak ordered Hot Cappucino sebab nak bagi kenyang lama sikit, so minumlah air panas. Cappucino sedap, tak letak gula pun dah rasa ke'kaw'an kopinya since aku bukan sweet lover. Nadia pula makan Cajun Pasta Chicken, sedap tapi muak sebab tak pedas, tak kena dengan tekak aku. Nadia pilih Hot Espresso, memang pekat dan kecil saja gelasnya.


birthday girl happy le tu. ;)

Lepas habis lunch, ingat nak terus cari barang tapi terserempak pula dengan Starbucks Restaurant erm terus rasa nak minum air sejuk sebab tadi minum air panas. Memang dah kenyang, tapi nafsu pula tengok air sejuk.


Iced Signature Chocolate = MYR 13.25




Lepas sejukkan diri dengan Chocolate drinks, terus pergi beli barang, solat semua dan dalam pukul 7.15 malam terus balik sebab takut juga balik lewat lagipon dari Paradigm Mall ke rumah sewa pon sejam lebih tau even naik public pon lama. Nasib baik terus terus keluar kat main entrance, terus ada bas shuttle ke Kelana Jaya LRT tunggu sebab 7.30 malam bas dah gerak. Dekat mana bas drop korang, dekat situ jugalah korang kena tunggu bas balik. Kalau nak tahu waktu perjalanan bus shuttle, boleh refer sini. Terdapat juga shuttle bus Aerobus dari Paradigm Mall ke KLIA2. Nadia tak ada masalah sebab naik cab saja. So dalam 8.40 malam Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Thanks for Read. Have a Nice Day =)

6 comments:

- dieyana - said...

sdpnya..pernah mkn desert dia..best! rindunya nk mkn sini

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa

Yati said...

Besarnya burger. Nampak sedap. :)

norhidana miswan said...

auuch.... udah lama tak lepak kt chilis... rindu kt steak yg sodap tuh

Sally Samsaiman said...

Jarang nak masuk Chili's sebab tak rasa worth it masuk..kekeke...better g Tony Romas kalau nak makn steak gitu laa :)

muhammad syahmi said...

Salam Cik,

Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
laman web kami. Kami sangat hargai jika Cik boleh review laman web kami.
Cik boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

Terima Kasih.

Syahmi
syahmiruhaizat@gmail.com