Friday, February 12, 2016

Ikea Cheras




Assalamualaikum


Cuti Thaipusam lepas teringin nak makan mearball, since Ikea Damansara dah pergi, so kami pun pergilah Ikea Cheras. Kami pergi just guna public transport saja, turun di LRT Chan Sow Lin then nanti tunggu bas shuttle Ikea Cheras di vending machine lepas turun eskalator di Lrt Chan Sow Lin. Bas Ikea free saja, dan available selang satu jam. Kami sampai lrt dalam pukul 10.25 dan naik bas dalam pukul 11 pagi. So sangat mudah dan menjimatkan. Time balik dari Ikea pon, kami just tunggu bas di bus stop depan pintu utama Ikea dan nanti akan ada bas lalu hon. Balik pula tunggu pukul 2.20, bas sampai pukul 3 petang. Bas memang akan berhenti di lrt Chan Sow Lin juga.


Dah namanya Ikeabaru buka, so keadaan sekeliling pon masih dalam pembinaan dan nicelah Ikea Cheras ni sebab tak adalah crowded sangat macam kat Damansara tu. So kerja kami just pusing pusing di bilik pameran dan bergambar.


kids area

tanam tanaman

spoiled lampu tu

cantik pula dekorasi colourful ni

Selepas habis menjelajah setiap pelusuk Ikea, so kami pon mengisi perut dengan ketulan daging. Makanan di Ikea ni tak adalah mahal sangat, dan banyak pula pilihan nya, antara yang kami pesan ialah:


Meatball Pasta = MYR 10.40
Mashed Potato = MYR 4.20
Air = MYR 2 per cup (refill)

Total semua = MYR 29.00


lunchie kami

Masuk area pameran di bawah ni, semerbak bau kambing dan lembu.




lampu nilah paling menarik perhatian sekali :)

Tengah tengah masa nak balik tu, tiba tiba ternampak pula aiskrim vanilla MYR 0.80 saja. So dengan serentak terus patah balik dan beratur. Rupanya ramai sangat orang beratur untuk aiskrim ni. Nak makan aiskrim pon senang, self service saja menggunakan token dan masuk saja dalam mesin aiskrim. Sangat sangat menarik.


aiskrim 0.80 sen
OK Thanks for Read. Have a Nice Weekend =)