Monday, February 8, 2016

Penang Cuisine at Sunway Putra


Assalamualaikum


Dua minggu lepas, pergilah keluar makan malam dengan kawan kejap dekat Sunway Putra Mall ataupun dikenali dengan The Mall dulu. Niat nak tengok wayang, tapi tak ada pula cerita menarik, yang ada pun dalam pukul 11 malam sedangkan time tu baru pukul 9 malam. Erm memang taklah kami nak tunggu hampir 2 jam bila mengenangkan esoknya kerja. Lagipon memang tak banyak pilihan sangat pon movie, so kami just pergi beli barang dan cari tempat makan. Sunway Putra memang banyak pilihan tempat makan, tapi since kami nak benda yang panas dan pedas ataupun selera melayu katakan, so kami pon cubalah tempat makan ini sebab tengok memang menarik iaitu Penang Cuisine.




menu famous

Mi udang dan Asam Laksa

So kami ordered 

Mi Udang = MYR 10.90
Asam Laksa = MYR 10.90
Teh O Ice = MYR 3.80

Service Charge 5% = MYR 1.47
GST 6% = MYR 1.85

Total semua = MYR 32.70


Mi udang sedap sangat

Puas hati sangat makan panas panas dan pedas pula tu, memang kena dengan tekak melayu aku ni. Mihun udang memang sedap even sekarang pon boleh terasa lagi kesedapannya huh. Asam laksa aku rasa pon ok tapi tak berapa nak pedas sangat tapi memang kenyang kami malam tu sebab bowl dia besar tau.


portion dia besar dan banyak :)

Then lepas mengisi perut dan beli barang sedikit kami bergambar di area TGV tingkat enam tu dengan patung patung animasi yang menarik dan comel sangat. So dalam pukul 10 30 balik rumah.


with Aliah :)
OK Thanks for Read. Selamat bercuti =)