Sunday, February 28, 2016

Pengalaman Interview VI


Assalamualaikum


Akhir bulan January lepas, aku ada dapat panggilan interview di Menara 3 KLCC untuk jawatan Admin Support HR. Aku pon tak pasti bila masa aku apply untuk jawatan ini maklumlah begitu banyak permohonan kerja kosong aku apply. So dengan tiba tiba, terpaksa ambil cuti half day sebab interview berlangsung pada belah pagi. Dah la time tu baru 3 hari aku start training, lepastu esoknya nak cuti separuh hari. Nasib baik aku dah siap prepare dan bawa semua resume serta sijil berkaitan masa pindah rumah sewa, cuma yang aku lupa nak bawa ialah original certificate, maklumlah haritu packing tak dapat nak grab semua.


Bila staff tu kata interview di KLCC, aku terbayangkan dah mungkin company tu area shopping mall, rupanya baru aku tahu yang KLCC ada menara 1, menara 2 dan menara 3 dimana setiap floor ada company berbeza. Buntu juga nak ke sana sebab tak pernah masuk then situ pula banyak foreigner, memang setiap security yang aku jumpa mesti aku tanya, sampai sampai terus naik lift kena pergi kaunter atas, ambil visitor pass dan pandang camera. Cautious pula rasa. Sampai saja company tu, rupanya ada candidate lain dan nasib baik aku calon ke 4 jadi tak lah lama sangat waiting queue.




Oh lupa nak bagitahu, disebabkan dah lama tak pergi inerview dan aku pun dah start training, jadi resume aku memang tak updated. So malam sebelumnya terpaksa pinjam laptop member untuk edited resume dan pagi esoknya sebelum pergi interview, terus print resume. Mahalnya wei sekeping 0.60 sen. Tengok, laptop pon aku terlupa nak bawa pergi rumah sewa. Aku ditemuduga oleh 2 orang panel perempuan Islam dan power juga soalan yang ditanya antaranya;


1) Tell me about yourself

Soalan cliche, dia bukan nak tahu pasal kita sangat, apa yang dia nak tahu cuma pengalaman sepanjang kita bekerja dengan lebih detail. Satu lagi soalan ni memang kita kena jawab betul betul sebab daripada soalan tell me about yourself lah, panel akan tanya kita macam macam based on apa yang kita jawab. Jadi untuk selamat, tak payah nak guna ayat google atau copy paste, sebab takut termakan diri sendiri.

eg: Kalau awak kata awak seorang yang peticular person, so apa bukti awak peticular dan macam mana awak relate peticular style dengan job environment.


2) How do u find your current job?

Haha aku tak berapa nak faham sangat soalan ni. Aku pun jawab lah yang aku jumpa current job aku ni di Jobstreet. Oh rupanya maksud dia apa pendapat kita tentang kerja sekarang ni sama ada ok ke ko. Lebih kurang macam tu.


3) Tell more about your job description during your industrial training and previous job?

Disebabkan aku pun baru start kerja tahun lepas, so tak berapa banyak pengalaman kerja disebabkan soalan ni panel cuma nak tahu kerja kerja admin yang kita pernah buat, so aku pun cuma cakap banyak tentang praktikal dulu saja.  


4) What do you think about stress?

eg: For me, stress is good because sometimes personally i think stress can motivates me to work twice as hard in order for me to complete my job on time. 

Boleh juga bagi contoh cara awak pernah deal with stress.


5) Could you work over office hours?

eg: Im ok as long as near public transport. 

Bagi saja jawapan yang meyakinkan at least panel nampak kesungguhan kita.


6) Whats your preferred employer style?

eg: Flexible la ok kan. Because bad employer lead to bad organization. 

Tengokla sekarang ni employee banyak berhenti kerja bukan sebab kerja tak best, tapi sebab top management tak betul. =)


Lepas berakhirnya sesi temuduga dalam pukul 12.30 tengahari, aku terus lunch solat semua dan masuk office pukul 2 petang. Keputusan interview ni??? entah tak dapat panggilan pon until now hehe....

OK Thanks for Read. Pen Off

6 comments:

Fatin Liyana said...

Good luck ! Fatin pun tengah tunggu result interview hari tu jugak. Hehehe. Sampai sekarang tak dapat panggilan pun. Hehe

Keladi Ubi said...

Ok la...dpt pnglmn yg bermakna...apa pun gud luck ya....www.keladionline.com

PeRdU cINta said...

Ada rezeki alhamdulillah...andai belum rezeki in sya Allah ada rezeki di tempat lain...amin...amin...amin..

paridah said...

DAH ADA USAHA PASTI JAYA INSYA-ALLAH.

miss eimanhikmah said...

teringat interview2 yang pergi beberapa thn lepas..phewww..paling teruk interview seng heng..last interview dgn company skrg dan kekal kerja skrg nak masuk 4 thn dah..hehehehe

norhidana miswan said...

dulu2 pun akak fkr kalau keje kt klcc tu ingat suria klcc jelah dkt ngn supink complex... rupenya ada bangunan lain2 n bertingkat2 nk kene jelajah hehehe...

insyallah kalu ada rezeki tuh ada lah, kalu tak mungkin keje tmpt skrg ni lbh baik kn