Sunday, March 27, 2016

Pengalaman Interview VII


Assalamualaikum


Selasa lepas dapat panggilan interview di Kuantan untuk jawatan HR Assistant di Medical Centre sabtu minggu ni. So kebetulan memang decided nak balik rumah sebab dah lama sangat tak balik. So lepas balik kerja Jumaat tu, terus ambil tiket balik Kuantan on the spot. Mula mula macam tak nak attend interview tu memandangkan hospital tu jauh dari rumah, tapi bila fikir balik apa kata cuba kan. Memang tak prepare sangat untuk interview tu sebab sampai rumah pon pukul 2 pagi then esok 9 pagi dah kena pergi interview.




Sampai sampai hospital tu, tengok dah ada 2 candidate lain sedang menunggu dan rupanya dalam 20 orang juga calon lain yang hadir untuk temuduga. Yang tak disangkanya aku merupakan candidate pertama dipanggil untuk sesi temuduga since nama aku atas sekali. Serious first time jadi calon pertama dan aku tahu memang mencabar sebab expectation dari interviewer mesti tinggi dan mesti berlegar legar soalan dalam kepala interviewer untuk ditanya. Yang tu tahan lagi, tapi bila aku dapat tahu interviewer antaranya adalah CEO, COO hospital tu, dan dua panel dari HR, terus aku rasa tak senang duduk. See, pertama kali juga dalam hidup ditemuduga oleh 4 orang panel yang semuanya Chinese, seorang saja malay. 


Hampir setengah jam sesi interview berlangsung dan soalannya sangat mencabar bagi aku sebab kebanyakan soalan aku tak dapat jawab dengan tepat. Antara soalan yang ditanya:


1) Tell me about yourself dan pengalaman kerja semua.


2) What do you know about Labor Law?

Ya Allah, tolonglah aku dah lama sangat tak apply law ni, ingat ingat lupa saja. Tak expect langsung soalan ni.

eg: tahu yang basic pon ok seperti Akta Pekerja 1955 ( Employment Act 1955 ). Akta ini secara amnya meliputi dan melindungi hak-hak pekerja didalam hubungan pekerjaan contohnya faedah-faedah minimum dan hak-hak pekerja seperti had masa bekerja, bilangan hari cuti tahunan dan cuti am, minimum kerja lebih masa, bilangan hari cuti sakit, hospital, cuti bersalin dan sebagainya.


3) What do you know about EPF/SOCSO calculation?

Ni satu lagi soalan yang aku speechless. Aku tak pernah lerja bahagian payroll dan yang aku tahu potongan EPF 11 peratus.

eg: apa kelebihan epf ini untuk pekerja dan majikan.


4) Berapa banyak annual leave diberikan untuk seorang employee?

Yang ni aku jawab 14 hari. Sebab yang aku tahu annual leave setiap company memang berbeza kan.


5) As a HR, how you want to ensure all staff are doing their job?

Nampak senang kan, tapi sebenarnya tough gila nak jawab. 

eg: boleh gunakan A Theory of Human Motivation by Abraham Maslow / Two Factors Theory by Herzberg / XY Theory by McGregor / Expectancy by Vroom.


6) Macammana cara awak nak kaunseling pekerja pekerja yang bermasalah untuk meningkatkan prestasi mereka?

Untuk soalan ini, interviewer tu ada tanya whether aku ambil tak subjek phsychology. Aku memang tak belajar sangat psychology cuma aku pernah la dulu belajar kaunseling.

eg: boleh gunakan kaedah POLC (Planning, organizing, leading and controlling).


7) Do you know to do mailing process?

Proses buat surat menyurat / emel memang penting untuk HR dan merupakan asas bagi setiap pekerja untuk tahu.


Krik krik sangat aku rasa dalam bilik temuduga tu, sebab aku dapat rasakan yang aku memang tak memuaskan hati mereka. Seriously, rasa macam soalan spa pula kali ini interview. Tapi sebelum tu, mereka ada cakap yang kala boleh mereka memerlukan pekerja yang lebih berpengalaman untuk bekerja maklumlah HR ni kena kawal staf staf mereka. Overall semua, walaupun aku banyak diam masa temuduga tu, interviewer tu tetap senyum dan berikan nasihat yang baik. Aku rasa inilah interview paling mencabar pernah aku attend selama ni maklumlah ditemuduga oleh doktor-doktor. Mana taknya 4 mata memandang kearah aku seorang dan aku pon rasa performance aku teruk. 


So lepas ni memang kena buka balik buku HR lah. Apa pun satu pengalaman masam manis bagi aku dan insyAllah akan datang aku akan lebih bersiap sedia dengan soalan soalan killer.

Thanks for Read. Have a Nice Day

1 comment:

Syazwani Mazlan said...

Dupdap.. lama dah xgi interview. skg ni tgh cuba apply gov.. walaupun rasa agak tipis je nak dpt panggilan gov. kihkih..