Sunday, March 27, 2016

RECIPES : Pengat Labu


Assalamualaikum


Nikmat sangat habiskan weekend di kampung, makan minum pon terlebih cukup. Sampaikan blog pon rajin update new post. Tadi belajar buat Pengat Labu dengan mak, tahu tahu saja mak buat makanan kegemaran aku. Pengat ni senang saja cuma memerlukan tiga bahan asas iaitu gula merah, santan dan labu / pisang / ubi keledek / durian. Nak buat versi sira pon boleh, tapi aku tak pernah belajar lagi. 








Bahan Bahan

1 biji labu
Gula merah (ikut manis)
Separuh kelapa (diambil santan)
Air




Cara Cara


1) Disebabkan gula merah aku berketul ketul, so kami terpaksa cairkan dulu sehingga mendidih. Masukkan gula merah bersama sedikit air dan cairkan

2) Rebus dulu labu sehingga agak lembut. Kalau guna pisang tak payah rebus.

3, 4 ) Dah lembut, masukkan air gula merah, santan dan daun pandan. Kacau sebati sehingga mendidih dan jangan sampai pecah santan. 


SIAP!!!





Thanks for Read, Pen Off

3 comments:

aizamia3 said...

Dah lama tak makan pengat labu.. dapnya.. ;)

Shafuhan Smab said...

eh, mcm lama plak tak makann :')

norhidana miswan said...

sedap layan sejuk2 nih....
mil suke btkan utk anak2 nya... tp menantunya tak berapa reti mkn