Monday, March 28, 2016

RECIPES : Sambal Jawa


Assalamualaikum


Semalam mak masak kari untuk juadah tengah hari, so hidangan sampingan yang wajib dimakan bersama kari semestinya adalah sambal belacan. Tapi semalam mak buat Sambal Totok / Sambal Jawa. Sangat sedap aku rasa sebab rasa macam makan nasi ayam penyet dengan sambal yang garing tu. Erm ni dah buat rasa rindu kat JB ni. Cuma sambal ayam penyet tu dimasak lebih garing dan kering. Kalau ikut resepi asal memang menggunakan ikan bilis, tapi versi mak aku, kami guna udang kering supaya rasanya lagi sedap berlemak. ^-^




Bahan Bahan

10 tangkai cili hijau
10 tangkai cili merah
5 tangkai cili besar
1/2 belacan
1 biji tomato
1 genggam udang kering / ikan bilis
1 biji bawang besar
Air asam jawa / limau
Gula garam





Cara Cara

1, 2 ) 
Panaskan sedikit minyak, masukkan kesemua bahan kecuali asam jawa dan gula garam. Goreng hingga kering

3, 4 ) 
Dah kering. kisar kering bahan tadi sehingga hancur sedikit. Jangan hancur sangat.

5, 6 ) 
Dah agak hancur, perasakan sambal tadi dengan perahan asam jawan dan gula garam. Gaul sebati.


SIAP !!!






Sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Makan saja pon dah rasa semuanya sebab udang kering / ikan bilis memainkan peranan utama dalam masakan. Nak lebih tahan lama, boleh goreng lebih garing dan lama. 
Thanks for Read. Have a nice day

6 comments:

norhidana miswan said...

sambal totok nih sedap dia lain mcm skit hehehe... blh bt berselera makan bertambah2 lg

this ni3za said...

Sedap nih...saya panggil sambal bali..huhu

Sweetie said...

Saya nak try resipi tu...

Suriaamanda said...

terus terliur...

Shaidatul Aireen said...

sedapnya! nampak sambal pun dah boleh lapar tau. nak kena cuba nie!

Adam Fahmy said...

sambal totok membawa ku ke sini... hihihiihi....