Monday, April 4, 2016

Kluang Station


Assalamualaikum


Weekend lepas rasa macam tak berehat pon sebab sabtu ahad keluar ada hal, lepas tu mulalah Isnin hari ini rasa malas sangat masuk kerja. Sabtu lepas pergi Times Square teman member cari baju untuk dinner dia. So lepas penat cari baju, kami singgah makan di Kluang Station. Mula mula lalu depan restoran ni, rasa macam tak nak singgah saja sebab orang tak ramai tapi rupanya bila masuk restoran ni besar so pengunjung lebih banyak di kawasan tersorok sebab hiasan dalam restoran ni cantik, vintage dan selesa. Yang penting makanan murah, berbaloi dan sedap.


menu

kemas dan cozy je kan




luncheon 


Kami ordered:


Egg Porridge = MYR 5.90 
Kampung Fried Rice = MYR 6.89
Barley Lime Cold = MYR 3.49
Sirap Bandung = MYR 4.10

GST 6% = MYR 1.34
Service Charge 10% = MYR 2.04


Total = MYR 23.75


BUBUR TELUR

Untuk lunch, aku pilih nak makan Bubur Telur sebab dah lama sangat tak makan bubur ni. Bila dapat bubur tu, rasa puas hati sangat sebab memang betul betul sama macam dalam menu. Portion pon besar dan banyak dan semestinya SEDAP rasa macam bubur McD. Kawan aku pula pilih Nasi Goreng Kampung dengan Telur mata, tapi sayangnya aku juga yang menghabiskan nasi dia sebab katanya nasi tu banyak sangat bawang since kawan aku bukan vege, tapi bagi aku rasa dia oklah macam jual gerai biasa.


NASI GORENG KAMPUNG


besar kan bowl tu




tak ramai sangat pon orang
OK Thanks for Read. Selamat Bekerja =)

3 comments:

PeRdU cINta said...

Kak PC pernah pergi sekali...memang best dan puas hati...alhamdulillah...

Farahain ZFA said...

nmpk cantikkk kedainya..

norhidana miswan said...

cantik n kemas.... bersih yg paling penting...

besar portion bubur tuh... sesuai ngn harg rasanya...