Saturday, May 28, 2016

Fullhouse Egglet


Assalamualaikum

Lepas kami makan di Dubuyo Times Square, memang terus ingat nak balik tapi sebelum tu kami pergi ATM kejap di level 1, Tengah duk tunggu kawan, aku pon terperasaan satu kedai ini betul betul depan ATM BSN dan escalator, terperasan pon disebabkan aromanya yang memikat tau dan tengok ada orang pegang waffle yang macam bentuk unik dan rare. Dekorasi kedai pon cantik, comel dan kemas. So kami pon cubalah nak beli lagopin time tu still full lagi. Rupaya nama kedai ini FULLHOUSE EGGLET dan baru saja dibuka awal May lalu di TS. 


siapa tak tempting dengan dekorasi comel bentuk telur ayam ni kan.

ramai tau orang nak cuba disebabkan inilah first franchise.

terdapat sudut di tepi untuk makan di situ. bangku pon kawaii kan.

menu

Buat masa sekarang, Fullhouse Egglet menumpukan kepada 4 perasa iaitu Original, Coffee Nut, Chocolate Chip dan Charcoal Cheese. Terdapat juga dipping sauce yang disediakan iaitu perisa Maple Syrup, Peanut Butter, Strawberry dan Chocolate Syrup. Harga pula bagi aku berbaloi sebab wafflenya memang besar. Rate harga dari MYR 4.50 - MYR 5.90. Terdapat juga set kombo air MYR 6.50 - MYR 7.50 dan Egg Tart. Seiring dengan namanya egglet, bentuk waffle ni pon berbentuk sarang telur yang comel.


lepas waffle masak, mereka akan sidai supaya bentuk lengkung.

So kami pilih nak cuba Charcoal Cheese seba tak pernah pula rasa arang macam mana. Rupanya Charcoal Cheese memang sangat diminati oleh semua pembeli. Dipping sauce pula kami pilih strawberry.


Charcoal Cheese w Strawberry sauce = MYR 5.90


hitam legam sangat. tu yang tertarik nak cuba

arang dengan keju yang banyak ni memang satu kombinasi yang urmphh

Tekstur waffle ni rangup tau tapi yang bahagian bulat tu still lembut, jadi dia ada rasa crispy and soft. Aku tak tahu nak describe rasa arang ni macam mana, tapi not badlah bagi aku. Kalau perasan di setiap bulatan tu sebenarnya muka girls and boys, rasa sayang pula nak gigit sebab comel. Makan panas panas sedaplah sebab takut muak lama lama.


noticed tak ada cartoon? dicicah pula dengan sos strawberry. Sedap makan panas panas.

For those yang selalu lepak TS nak shopping pakaian tu, jangan lupa singgah booth ini ea. Next time nak try flavour lain pula.

Pen Off. Selamat mencuba =)