Friday, May 20, 2016

Taman Botani Shah Alam


Assalamualaikum

Sambungan entri semalam, Lepas pergi makan di Chemistry Cafe, keesokannya kami pergi karok di Setia City Mall, seriously dah lama tak karok, rasanya last karok tahun lepas di Giant time kat UTM. Bukan apa, setiap kali kami nak karok mesti ramai orang, pricey sangat sebab kami memang suka karok berdua saja dan mostly bilik karok semua besar dan tak sesuai pula dengan kami berdua. So nasib baik dekat SCM ada promotion lah, nak nak boleh guna kad student, so memang kami gunalah walaupun dah bukan student. Bilik karok memang besar dan puas hati sangat sebab memang provided dengan light meal sekali. 


tiket

Lepas memekak di SCM, kami pergi pula melihat kehijauan Shah Alam di Taman Botani Shah Alam. Besar sangat kawasan ni, para pengunjung boleh memilih sama ada untuk berjalan kaki, menyewa basikal yang disediakan atau naik mini bas. Kami semestinya naik bas sebab tujuan kami pergi nak tengok bunga saja. Sangat sesuai untuk berjogging, kadang kadang nampak macam zoo pun ada sebab penuh dengan flora dan fauna. Masa kami pergi nasib baik cuaca ok dan ramai sangat lawatan budak sekolah. Cuma masa nak baliklah, hujan lebat gila terpaksalah redah.


Parking

Motor RM1
Kereta RM3 
Bas RM5


Tiket seorang dewasa RM3 manakala nak masuk rumah Iklim RM3 juga. So total seorang RM6. 


landmark

Galeri Pendidkan pon cantik kan.





pintu utama ke rumah iklim



Masuk masuk rumah Iklim memang sejuk gila, syok saja rasa sebab kat luar memang panas. Time kami pergi musim bunga tak tahulah pula mungkin nest time autumn ke, summer ke atau winter. Kecil saja tempatnya, bunga bunga yang ditanam pon bunga yang senang dijaga, memang tak boleh nak pegang pegang bunga, just untuk bergambar saja.







Lepas selesai tengok bunga, pintu keluar belakang tu memang ke arah pameran rumah rumah tradisional setiap negeri. Cantik juga.




Sebenarnya kami pon tak expect nak pergi sini, sebab tak tahu nak pergi mana. Rasa macam mengimbau zaman zaman sekolah saja.  =)

Thanks for Read. Pen Off

1 comment:

Nabila Syifa said...

wah..cutenya tempat ni!