Monday, June 20, 2016

RECIPES : Tauhu Sumbat


Assalamualaikum

Jumaat lepas belajar buat Tauhu Sumbat untuk juadah buka puasa. Sangat senang dan sedap. Kuah kami buat kuah merah, yang biasa dimakan dengan popiah. Ada juga orang gemarkan kuah kacang. Lebihan inti tu kalau tak habis, esoknya boleh buat popiah kan, tak pon buat nasi ayam sebab kuah merah pon macam buat sambal nasi ayam. Lupa pula nak ambil gambar tauhu sumbat sekali dengan kuah, sebab tak sempat nak ambil gambar, tauhu dah habis, tinggal kuah saja. =) Kami buat ni dalam kuantiti agak banyak, boleh makan masa iftar dan sahur esoknya sekali. So kalau nak buat dalam kuantiti kecil, boleh adjust kuantiti bahan bahan.






Bahan Bahan

10 biji Tauhu
1 biji carrot
Segenggam taugeh
1 biji timun
1/2 sengkuang


Cara Cara

Tauhu belah segitiga. Belah tengah dan goreng. Bahan inti hiris panjang dan celur dalam air panas sekejap. Kemudian toskan dan boleh sumbat dalam tauhu.





Bahan Kuah

*2 biji tomato
*10 tangkai cili merah
*5 tangkai cili merah kecil
*4 bawang putih
*1 bawang besar
1 sudu Garam
 5 sudu Gula
1 cawan air
2 biji limau kasturi


Cara Buat Kuah

Blender semua bahan bertanda *. Dalam satu periuk masukkan semua bahan, air, dan perahan limau. Kacau sehingga agak pekat dan perasakan dengan garam gula.


SIAP!!!







OK Selamat Mencuba. Thanks for Read =)

14 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sweet tooth said...

tq... i part kuah tu selalu x pandai nk balancekan rasa... thanks for sharing this...

Syazwani Mazlan said...

sedapnyeee! nak cikit.... hehehee

farah farhana mohamad sanusi said...

sedapnyee..buat sendiri boleh makan banyak2 =)

Norhayati Mohd Isa said...

Nampak sedap sangat Acuyuhan..
Macam nak membuat jugak ni :)

Jamil Hashim said...

SINGGAH RAMADHAN
https://belogs.blogspot.my/

Wani said...

Salam Ramadhan ;)
Done follow #3829

Nurfaezah Abdullah said...

post sikit ke brunei :P

Spenda Lusuh said...

dapnyer... kena cari nanti kat bazaar ramadhan..

thezofiroh said...

terima kasih sebab follow kite, done follow sini juge :) adeh terliur tengok resepi ni, dapnyeee :D

Siqah Hussin said...

Wahhh ~ Rajin buat haa. Sayangnya siqah tak makan tauhu sumbat. Hee.

Done follow sini. Tq ye 😊

Rahmadani Dhani said...

Woow Sedapnyaa Tahuu Goreng.Santapan berbuka puasa..kunjungan balasan sambil di follow back

Adinda Baizura Mazlan said...

Singgah sini :)

E'in said...

Sedapnye!