Sunday, July 17, 2016

Aidilfitri Kami I


Assalamualaikum

Alhamdulillah masuk hari ini dah 12 Syawal dan baru berkesempatan nak update tentang raya kami. Raya kami tak ada apa yang special pon, just bertungkus lumus di dapur, mandi sunat hari raya, bersiap, makan berjemaah dan kemudian baru solat Raya, petangnya pula dah kelam kabut sebab tetamu dah mula bertandang. Aku pun tak sempat nak pergi raya rumah kawan kawan disebabkan tetamu yang datang tak putus even sekarang dah tak cuti raya, tapi kalau time weekend mesti kena bersedia maklumlah selagi tak habis syawal, selagi tu kita akan beraya. Alhamdulillah sebab tetamu tu pembawa rezeki.




Juadah utama Raya macam biasa NASI ARAB DAGING bersama air asam dan acar. Terdapat juga nasi impit, ketupat pisang yang dimakan bersama kuah kacang. rendang dan kuah dal. Lepas solat raya semua, barulah kami bergambar sebagai syarat Potrait Raya. Esoknya raya kedua, kami dah mula balik kampung.




Macam itulah raya kami, dan since aku tak boleh nak join member beraya ke rumah kawan kawan, so nasib baik mereka sempat singgah rumah aku untuk beraya. At least dapat jumpa kawan kawan yang datang dari Pekan dan Jerantut.


#teamrayatakadalaki

thanks korang beraya

Ok dikesempatan ini, aku nak mohon beribu ribu kemaafan kepada semua umat islam sama ada yang dikenali atau tidak dikenali. 

Have a Nice Eidul Fitri ya. #rayakansebulan =)

9 comments:

Jamil Hashim said...

comel2..

Ezy Loy said...

best x ketupat pisang? 1st time dgr ni.. hihi

selamat hari raya!

norhidana miswan said...

menu tuh menggoda... special betul ns arab tuh....

bila balik kg compom kene serang nya umah ngn sedara mara...
penat tp seronok kan

Ahmad Zaki said...

Selamat hari raya...

ZH Blogger

Julia Johari said...

wahh meriah yer aidilfitri dia...done follow...TQ :)

Fieyqa Adelova said...

nasi arab daging wahhhh nampak sedap :3

Shasha Mohamed said...

Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. Juadah raya lain la. Sungguh istimewa. Ketupat pisang tu apa ek?
Terima kasih. Foto yang cantik belaka. I like...

Afif Rayyan said...

Selamat hari raya..

dya bunga said...

nasi arab daging tu nmpak menyelerakan..hehe.. slmt hri raya sis.. :)