Sunday, July 3, 2016

Berbuka di Le Village


Assalamualaikum

Alhamdulillah Jumaat lepas kami sekeluarga berbuka puasa di luar. Saja nak tukar angin sebab biasanya memang kami makan di rumah saja. So kakak cadang supaya bebuka di Le Village Beach Resort since mereka ada Promosi Buffet Ramadhan yang berlangsung dari 6 Jun hingga 4 Julai 2016. Bayaran sekepala bagi dewasa sebanyak RM39 manakala kanak kanak RM18. Kalau korang tempah awal, mungkin akan dapat harga lagi murah. Makanan berunsurkan sajian Pantai Timur so memang takkan jumpalah aglio olio kalau pergi sini, alamatnya korang salah tempat. 




menu setiap hari



Yang paling best setiap hari memang menu berlainan. Time kami pergi menu utama Nasi Bukhari. Terdapat juga aneka lauk pauk antaranya Patin Tempoyak, Ayam masak Merah, Sotong Sumbat, Daging Opor, Gulai Kawah dan sebagainya. Patin sangat sedap. Aduh bila ingat balik pon dah terliur. 




sambal dan ulam

Yang buat kami paling tertarik semestinya adalah Kambing Golek. Sedap sangat kambing golek ditambah pula dengan sos lada hitamya. Memang kami dok pulun makan kambing saja, pengunjung lain pon memang serbu kambing golek saja. Satu lagi yang palings sedap ialah Murtabak, memang tebal dan banyak isi. Terdapat juga juadah ringan lain seperti ABC, Cendol, Bubur Lambuk, Sup Bebola dan Bubur Cha Cha.


kambing golek

Kalau nak berkampung lama lama dekat situ pon boleh sebab surau memang disediakan. Lepas solat, nak makan moreh terus pon boleh. Time kami balik dalam pukul 8.15 pm, itupon ramai lagi yang belum balik. Yang penting memang berbaloi makan.


pencuci mulut. aneka kuih

antara yang kami ambil

Alhamdulillah, bayangkan kami 6 orang ambil macam macam lauk dan penuh dua meja tapi nasib baik we managed to finish all the food taken. Yela sangat membazirla jika tak habis, malu pula dekat pelayan situ. Sebelum berbuka di Le Village, kami shopping raya dulu. Memang penat dan malam tu berbuka memang makan sungguh la. 


cantik butik ni, tapi staff asyik main fon.
Thanks for Read. Selamat Berbuka ;)

3 comments:

aRz MoHa said...

murah sangat harga buffet ni...area mana ni ya

Fieyqa Adelova said...

berbaloi lah banyak choices harga pun berpatutan. tp kalau fieyqa memang membazir jelah makan buffet sebab tak kuat makan ahaha

yuk said...

wow murah nyer..makanan pun bnyak n nmpat sgt sedap...huhu