Tuesday, July 5, 2016

Jeruk Mangga Asam Boi


Assalamualaikum

Esok nak raya, so hari ini memang kena bekerja keras sikit tolong mak di dapur. Tapi sambil sambil tu sempat juga buat Jeruk Asam Boi memandangkan mangga muda dan asam ada. So buat terus lah. Ingat lagi dulu time belajar sanggup tau habiskan duit beli jeruk ni, dapatlah satu balang kecil tu dengan harga RM10. Rupanya lagi senang dan jimat kalau buat sendiri lagi lagi kalau ada pokok pelam sendiri kan.






Bahan Bahan

2 biji mangga muda
5 sudu besar gula 
2 sudu kecil garam
8 biji asam
10 tangkai cili api




Cara Cara

Mangga potong panjang panjang. Basuh bersih dan satukan kesemua bahan dalam satu bekas. Gaul sebati dan sejukkan. Gula dan garam letak ikut tekak, nak manis letak gula lebih. Untuk jeruk ni dapatlah satu balang sederhana.


SIAP!!!





Tempting pula tengok. Selamat Hari Raya in advance :)

1 comment:

Lee-kun said...

Terliur pulak tengok.. Nasib baik dah tak puasa.. >v<