Saturday, July 16, 2016

Kole Kofee


Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak pergi terminal bas sejak dah habis belajar ni. So tadi jalan jalan dalam kawasan terminal bas dan terperasan banyak booth booth baru antaranya Kopi Hipster di bawah ini iaitu KOLE KOFEE. Terus kami pergi serbu sebab tertarik dengan dekorasi booth yang terletak tengah tengah kawasan tumpuan ramai. Niat di hati tak nak beli pon sebab dah kenyang baru saja lepas makan, tapi terbeli juga sebab kedai itu macam menarik narik saja aku suruh beli. =)


nice saja kan

antara perisa yang ada

Jangan risau bagi bukan penggemar susu, terdapat juga perisa biasa seperti laici, stroberi, oren dan lain lain. Yang paling best bagi aku, first time aku jumpa kopi hipster yang turut menyediakan minuman panas selain sejuk. Sangat bagus bagi penumpang bas yang jadual perjalanannya tengah malam atau awal pagi. Mungkin kat tempat lain biasa, tapi di kawasan Kuantan memang jarang jumpa kedai macamni.


antara perisa lain

Disebabkan tak expect pon nak beli, so aku just tanya pekerja tu perisa apa yang paling sedap. Since barista tu kata Latte' is one of her favourite, so aku dan abang terus bersetuju pilih perisa tu cuma aku pilih sejuk manakala abang pilih panas.


Hot Latte & Cold Latte

Minuman berais = MYR 5 
Minuman panas = MYR 4 
Total = MYR 9


Terdapat juga perisa campuran "Mix Flavour" cuma berharga MYR 6. Nasib baik pilihan barista tu tepat, Latte sedap sangat pekat dan kaw.




Punya sedap sampai balik saja dari terminal terus berselfie dan update blog. Advance sangat penangan Latte sampai susah nak tidur malam ni. ;)

OK Pen Off. Thanks for Read

1 comment:

Ezy Loy said...

biasa jumpe yg jual sejuk2 je.. ni 1st time tgk yg jual panas.. hehe