Thursday, July 21, 2016

Pengalaman Interview IX


Assalamualaikum

Bulan lepas time puasa aku ada mohon jawatan N27 di UTM. So awal bulan ni dapat email mengatakan yang aku layak untuk menghadiri temuduga di UTM yang berlangsung baru baru ini. Tak sangka pon akan kembali semula ke UTM selepas konvo tahun lepas. Jadi hari ini terpanggil untuk berkongsi pengalaman temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 di UTM Johor Bahru. Pergilah aku seorang diri naik bas dan menumpang bilik kawan yang sambung master. Nasib baik ada member, kalau tak jenuh dok seorang diri. Soalan tak susah sangat, lagi mencabar soalan interview UiTM yang aku pernah hadiri tahun lepas (entri ini). 


throwback ;)

Calon semua dalam 30 orang dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan ada 7/8 calon manakala panel pula seramai 5 orang panel, tapi yang tanya soalan 3 orang saja. Antara soalan ditanya:


1) Perkenalkan diri secara RINGKAS


2) Apa yang kamu tahu tentang UTM

Soalan ni nampak senang saja tapi ada juga calon yang buat silap. Aku tak cakap aku bagus tapi sekadar nak share supaya korang tak ada buat silly mistakes ni. Ada calon ni mungkin dia nervous. Masa dia nak terangkan pasal UTM tu, first word dia pon dah salah sebab dia sebut "Universiti Teknologi Mara is a research univeristy....

Nampak tak apa yang dia salah?? Sampaikan panel tu tegur kata "Malaysia" tapi that girl insist to continue her word sebab dia tak perasan lagi dia salah sebut. Sehinggakan panel seorang lagi sebut "Oh, Oh silap" then, barulah that girl noticed her mistakes and immediately said "sorry sorry". 

Tegang juga situasi dalam tu sebab muka panel dah berubah. Tapi nasib baik ada panel lain buat lawak sikit. Sepatutnya perkara ni tak berlaku lah sebab yelah tengah interview kan, panel pula semuanya orang atasan. Mungkin bagi orang lain akan anggap biasalah salah sebut UiTM dan UTM. Tapi sebenarnya ia agak sensitif bagi staf dan student UTM sendiri sebab aku sebagai ex UTM pun banyak kali kawan kawan dan saudara mara tak dapat nak beza dua dua ipta tu. Tapi dalam masa yang sama tak kisah pon sebab get used to it. =) 


3) Why should I hire you?

Untuk soalan ini, boleh terangkan apa strength and weakness anda semua.


Sesi interview dalam 30 minit dan sekejap saja kesemua calon N27 selesai, sebab selepas tu ada interview untuk jawatan Pegawai Penyelidik pula. Interview bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 11 pagi. PPT ni adalah kontrak dan temph bergantung kepada pihak UTM sendiri. Disebabkan habis awal, so lepas Zohor tu terus pergi Larkin balik Kuantan. Keputusan interview ni tak tahu lagi, mungkin bulan depan.

OK Thanks for Read. Have a Nice Day :)

9 comments:

Amy Hilmirda Daud said...

Salam Perkenalan ... akak follow sini :)
Masa akak student dulu pun puas nak terangkan kat orang kampunt yg UTM dgn UITM tak sama tapi lama-lama dah biasa.

Nurzakiah Hanum said...

all the best

Ade Arif said...

Balas kunjungan n follow... :)

norhidana miswan said...

moga berjaya dik... syok kalau dpt keje kt utm tuh...
nnti nk sambung belajar senang hheheheh

MAF Fashion House said...

good luck. semoga dapat kerja tu. done follow :)

Lyinda said...

semoga berjaya dapat kerja kat UTM tu :)

Nurul Aini said...

goodluck akak acuuu <3

Shasha Mohamed said...

Thanks for visiting ;)
suka sangat. Selamat hari raya Acu.
Apa jawab bila diorang tanya ; why should we hire you? Boleh share ke? :)

Eyma Lydia said...

Hope u wil passed ! Aminnn..