Friday, July 29, 2016

Pengalaman Interview X


Assalamualaikum

Bulan lepas time puasa ada dapat panggilan interview UOB di Vista Tower, The Intermark untuk jawatan Customer Services Representative. Dalam bangunan The Intermark Vista Tower ini memang banyak company ada, nak masuk pun agak tight jugalah. Nak pergi Vista Tower ni cuma ambil Lrt ke Ampang Park saja dan boleh jalan kaki menuju ke Vista Tower, Vista Tower ini dalam bangunan The Intermark, so korang kena cari bangunan tinggi di bawah ini dulu untuk ke Vista Tower.




Interview bermula pada pukul 2 petang tapi aku sampai lambat 10 minit sebab sengaja nak solat zohor dulu sebab tak tahu sesi interview habis bila dan tak tahu ruang surau dimana dalam bangunan tu. Sampai sampai nasib baik tak mula lagi dan aku kira kira lebih kurang 10 calon semuanya. Interview ada dua stage iaitu written interview dan oral interview. 


1) Written Interview

Untuk stage ini, kami dibawa masuk dalam satu dewan, calon diminta duduk berjauhan serta diberi satu set kertas soalan dan dikehendaki menjawab dalam masa 1 jam. Soalan ada 3 bahagian iaitu Numerical Test, English Test dan Banking Test (sebab ini company bank). Bagi aku yang paling mencabar ialah soalan berkaitan Bank, memang tak familiar la pasal terms bank. Numerical lebih kepada macam kita belajar matematik dekat sekolah dulu. Just a simple calculation dan English test pula more to grammar and conversation situation. Soalan lebih kurang macam sample di bawah ini tapi bukan macam ini, yang ini just google.

Written interview ni bagi aku sangat penting sebab ia menentukan sama ada calon layak ke tidak untuk oral interview. Pendek kata kalau kau fail written, so boleh terus balik rumah. Sebab apa aku kata penting sebab lepas sesi ini hanya 5 calon saja daripada 10 calon layak untuk stage seterusnya. Alhamdulillah aku antara yang layak dan seorang saja perempuan. Passing mark untuk stage ini adalah 70/100.



2) Oral Interview

Untuk stage ini aku rasa memang aku failed menjawab soalan yang ditanya sebab soalan bukan macam soalan tipikal interview tapi lebih kepada dia bagi satu situasi dan cara kita nak handle, lebih kepada long term situation. Interviewer 2 orang dan rasa macam tak sabar sangat nak habis sebab makin lama makin banyak soalan critical and creative thinking yang ditanya sampai aku tak ingat dah apa yang ditanya dan tak dapat nak jot down here. =) Bila aku tak bagi jawapan yang memuaskan dia, dia bagi soalan lain pula. haha


Apapun ia satu kenangan indah buat aku sebab ia menunjukkan yang aku kena banyak lagi membaca dan menimba pengalaman sebab dengan pengalaman serta pengetahuan, kita dapat relatekan dengan certain situation. Sesi interview berakhir pukul 5.30 petang dan terus pulang ke rumah.

OK Pen Off. Have a Nice Weeked :)

6 comments:

this ni3za said...

Wow!..Lama jgk interview session tuh..Semoga ada rezeki disitu..huhu

Munirah Mustafar said...

lama dah xde pengalaman interview ni...
terima kasih follow sy..
sy dah follow awk...

Azlee Amirudin said...

Lama dah tak gi interview, haha harap2 dapat la kerja yg diminta tu :)

Eeiou _ said...

Thank you for sharing your experience sis. And all the best.

At-Tarmizi said...

wah...dapat interview ok ae tu...susah sekarang ni company nak panggil interview =)

norhidana miswan said...

akak tgk yg written tu pun dh rasa seram sejuk huhuhu... ni kan pulak oral...

mmg kene banyakkan membaca n rajin2 try bt soalan2 gini n kene selalu2 speaking kan... kalau akak mau gagap, udahla jwb slh kene soal lg n lg