Thursday, July 28, 2016

RECIPES : Tart Telur Roti


Assalamualaikum

Disebabkan rumah aku ada lebihan roti so terfikir juga nak buat apa dengan roti tu, maka nak dijadikan cerita terjumpa resepi Tart Telur yang hanya menggunakan roti sebagai base. Risau juga takut tak menjadi sebab biasa first trial memang aku fail. Tapi Alhamdulillah menjadi dan cuma dapat buat enam biji saja sebab roti pon tinggal enam keping.






Bahan Bahan

6 keping roti
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 tsp tepung kastard
1/4 cup susu cair/tepung
1/4 cup gula kastor




Cara Cara

1) Panaskan oven. Untuk filling masukkan kesemua bahan kecuali roti ke dalam bekas dan whisk sehingga sebati. Tepung kastard guna untuk filling lebih kuning dan berkilat.

2) Lenyek roti, tekap roti dengan bekas bulat mengikut saiz acuan dan letak roti atas acuan yang dah disapu dengan marjerin.

3) Tuangkan filling tadi ke atas roti sehingga cukup cukup saja.

4) Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit. Filling akan naik kembang tapi nanti turun balik bila dikeluarkan. 


SIAP!!!






Sangat sedap dimakan panas panas. Tart telur guna roti ini rasa lebih kurang macam makan puding karamel + puding roti. Lebih kurang rasa sebab berasaskan telur kan. Untuk 3 biji telur memang cukup cukup untuk 6 tart telur. So boleh adjust bahan bahan jikan nak buat kurang/lebih. Jadi siapa siapa yang ada lebihan roti di rumah, boleh try daripada roti tu berkulat tak termakan.



OK Thanks for Read. Selamat Mencuba =)