Sunday, July 24, 2016

Wedding di Jengka


Assalamualaikum

Semalam pergi Majlis Perkahwinan Aisyah dan pasangan di Jengka. Tak expect pon nak pergi sebab jauh jugalah dalam dua jam nak ke sana, tapi pergi juga sebab dah lama tak jumpa aishah sejak tingkatan dua lagi. Kami bertolak dalam pukul 1 tengah hari dan sampai sana lebih kurang pukul 3. Nak cari rumah Aisyah ni senang saja sebab literally sebelah masjid. Parking pon dalam masjid saja dan lepas tu terus boleh solat jamak situ.


wedding card comel

bridesmaid

Masuk masuk rumah pengantin nampak pula photo booth yang menarik ni, sementara nak tunggu pengantin, bergambar kejap kami.


happynya korang!!

diana, shiha, bila, naim, wawa, bai, acu :)

Lepas bergambar di photo booth, terkesima pula kami dengan pelamin yang super cantik dan besar.


carpet pon cantik kan

lovebirds  <3 <3

To Aisyah & spouse

Two lived joined together,
Two hearts that beat as one,
As you begin your life together,
May all your days be filled with love,
And may all your dreams come true...
Congratulations!


dapat pula goodie gifts potpourri ni.. wangi wei 

Selesai kenduri Aisyah, kami bergerak pula dalam pukul 3.45 petang balik Kuantan dan menuju ke rumah member sebab member ada buat makan makan sempena raya ni. Alhamdulillah kenyang makan seharian, malamnya pula balik rumah, family ajak pergi beraya rumah jiran dulu. Memang tak berasap dapur semalam, hee =)

OK Thanks for Read. Selamat Hari Raya

2 comments:

norhidana miswan said...

suke ngn gaya majlis kawin skrg ada photo booth, ada candy booth...
pelamin pun mmg lawo... pantin pun suweet...

mmg seharian jln n mkn yek...

Mia Liana said...

best tu... lawa2 semuanya...

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2016/07/senarai-url-blog-24.html

pemenang akan diumumkan pada 1.35 petang 26 Julai 2016