Wednesday, August 31, 2016

Punca / Sebab Macaron tak jadi


Assalamualaikum

Suka sangat tengok Masterchef Malaysia dulu sampaikan teringin nak buat Macaron yang dibuat oleh Dr Fazley. Nampak macam senang saja buat macaron tapi sebenarnya renyah dan complicated. Setiap step yang kita tengok dalam resepi memang kena follow betul betul, jangan tinggal satu pon step. Sebab kalau tinggal dan buat endah tak endah maka jadilah macam aku ni. Macaron tak ada kaki. Even baking paper pon penting tau. Berikut aku kongsikan kesalahan umum dalam membuat macaron di bawah ini.







Macaron aku ni tak jadi pon, aku tetap letak filling sebab saja dah alang alang buat mestilah teruskan saja. Macaron aku ni tak jadi sebab aku kurangkan gula. Maknanya aku tak follow sebiji sebutir resepi yang aku refer, aku suka hati kurangkan apa yang patut. So jadilah macam ni. haha. So tetap nak share macaron aku, untuk jadi pengajaran kepada semua yang baru nak mencuba. 




Kesalahan Umum dalam Membuat Macaron (Kue Macaron)


Tidak berkaki. 

Macaron yang tidak berkaki boleh terjadi bila adunan terlalu lama dikacau. Boleh juga kerana adunan tidak didiamkan hingga permukaannya kering. Kaki terbentuk apabila udara panas dari bahagian bawah ketuhar mendorong ke atas. Permukaan adunan yang sudah mengering menjadi rapat dan sukar ditembusi udara dari dalam adunan, kerana itu adunan yang bersempadan langsung dengan loyang menjadi terangkat sehingga membentuk seperti rekahan yang biasa disebut sebagai 'kaki' macaron.

Berkaki sebahagian. 

Bila dalam satu loyang ada macaron yang berkaki meski hanya sebahagian, itu berErti tidak ada masalah dengan adunan. Kesalahan lebih pada panas oven yang tidak rata. Untuk mengatasinya, anda boleh memainkan loyang untuk mendapatkan haba yang sekata untuk semua bahagian adunan.

Permukaan pecah-pecah. 

Ini boleh terjadi kerana adunan terlalu lama dibiarkan sehingga bahagian luarnya terlalu kering. Boleh juga kerana suhu oven terlalu panas.

Melekat di dasar. 

Pengocakan putih telur yang tidak sempurna (terlalu singkat atau terlalu lama) boleh menyebabkan macaron melekat di dasar loyang. Cecair yang terpisah dari buih putih telur membuat adunan basah dan susah kering meski sudah dipanggang lama. Pentingnya guna putih telur pada suhu bilik.

Baking paper.

Penggunaan baking paper pon sangat penting. Mestilah guna baking papaer yang biasa dijual untuk baking dan jangan pula suka hati piping macaron tanpa baking paper dan jangan pula slumber gantikan baking paper dengan kertas lain eg A4 paper atau tisu. Sebab kandungan udara main peranan dalam penggunaan baking paper.

Macaron tidak kering

Penting untuk macaron kering sepenuhnya sebelum bakar. Ada orang sanggup tunggu 2 jam untuk kering tak melekat di tangah bila disentuh. Tip untuk macaron cepat kering adalah apabila kita panaskan oven, letak macaron sebelah/depan oven supaya cepat kering.

Menggantikan serbuk almond

Ada juga sebahagian orang alergik pada kacang dan sekaligus menggantikan serbuk almond dengan bahan lain. Boleh juga gantikan dengan bahan lain yang memang mempunyai tektur yang sama dengan serbuk almond antaranya tepung kek / coklat putih diparut halusbiji labu diparut halus dan lain lain. Boleh google di youtube, mat salleh suka pelbagaikan macaron.

Bertanduk dan berangin

Kebiasaannya lepas piping akan ada bentuk bertanduk, so untuk mengelakkan ia bertanduk, lepas piping, guna jari telunjuk untuk hilangkan tanduk tu. Cuma letakkan jari atas tanduk dan pusing ikut arah jam. Berangin pula maksudnya pentingnya untuk kita buang angin dalam macaron selepas piping dengan cara mengetuk baking sheet 3 kali biasanya sehingga angin di permukaan macaron pecah / cucuk angin atas macaron surface dengan toothpick.




Rasanya itu saja, kalau ada lagi boleh kongsikan bersama ye.

Thanks for Read, All the Best :)

2 comments:

Dkna Abza said...

Nampak cam senang je nak buat kan..bila tak jadi tu mesti menyesal.. Tapi boleh makan ok la... Haaha

cik hani said...

saya pun rasa macaroon ni macam payah je nak buat...
renyeh