Monday, August 1, 2016

RECIPES : Bahulu Guna Sandwich Maker


Assalamualaikum

Tengah syok scroll facebook tiba tiba nampak ada orang share resipi Bahulu menggunakan Sandwich Maker. Agak menarik dan memandangkan rumah memang ada sandwich maker, so terus nak cuba buat senang saja hanya gunakan 3 bahan utama iaitu tepung, telur dan gula. Resepi ambil dari VanillaKismis, cuma aku kurangkan bahan saja.






Bahan Bahan (4 keping bahulu)

1/2 cup tepung gandum
1/2 cup gula
2 biji telur
1 tsp esen vanila
secubit garam




Cara Cara

1) Putar telur, gula, garam dan esen vanilla menggunakan mixer/blender sehingga kembang.

2) Bila dah kembang, masukkan tepung gandum yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan kaedah kaup balik by spatula/senduk kayu.

3) Tuangkan adunan ke dalam sandwich maker yang telah disapu dengan minyak. Tutup sandwich maker dan tunggu sehingga lampu merah sandwich maker padam.

4) Nampak tak bahulu dah masak di bahagian bawah, dan alihkan untuk bahulu masak sebelah lagi. Tutup dan tunggu sehingga lampu padam


SIAP!!!


macam roti tapi bahulu ;)

Disebabkan sandwich maker kami ini zaman mak ayak aku beli time baru kahwin, sebab tulah bahulu ni tak nampak cantik sangat surface nya. Tapi bila makan seriously rasa bahulu. Aku suruh ayah aku rasa tanpa aku bagitahu ni bahulu, then ayah aku pun cakap macam rasa bahulu. Bingo so menjadilah maksudnya, cuma rupa lain. Tekstur bahulu ni lebih lembut berbading bahulu yang dibakar dan sedap dimakan panas panas.



Ok Selamat Bekerja. Have a Nice Day =)

4 comments:

Ezy Loy said...

nmpk sng sgt nk buat bahulu ni..
bahan2 pon xbyk sgt.. kalo ade ms nt nk try buat la..

BaTiK_PiNk said...

Eh..menarik! Boleh cuba juga ni...alang-alang ada sandwich maker kat rumah tu. Tq for the resepi...

Ahmad Hasif said...

Putar gula garam dan esen vanilla? telur pun sekali masa ni ke? hehe.

tgh mencari juga resepi bahulu ni.. boleh try la nnti ni...

acu yuhan said...

Edited.. Yup tlur skali ☺