Sunday, August 28, 2016

RECIPES : Basic Chocolate Cake


Assalamalamualaikum

Kali ini nak share cara buat Kek Coklat yang sangat senang, cepat dan yang penting tak payah basuh banyak bekas, semestinya sedap sangat. Satukan semua bahan dalam satu bekas saja dan bakar. Dah nama pun kek coklat asas, so untuk permulaan memang kena buat dalam kuantiti sedikit saja. Lepas dah terer, baru boleh pelbagaikan sendiri. Resepi sebiji sebutir dengan cara buat Muffin Coklat yang aku pernah share.






Bahan Bahan (1 bekas sederhana)

125g (1/2 cup) tepung naik sendiri
75g (1/3 cup) minyak masak
75 g (1/3 cup) susu segar
75g( 1/3 cup) gula caster
1 biji telur B
1/4 cawan serbuk koko
Sedikit chocolate chips - tabur


Cara Cara

Dalam satu bekas, kacau sebati minyak, susu, gula, dan telur. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan serbuk koko, kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.

Masukkan ke dalam loyang/bekas aluminium yang disapu dengan butter. Tabur chocolate chips di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak. Kalau masukkan dalam papercup, boleh juga maka jadilah muffin coklat.


ENJOY!!!


sampai merekah naiknya



See, senang kan tak payah basuh banyak bekas. ^-^ Kalau boleh nak sangat elak buat makanan yang berasaskan butter, sebab susahnya nak basuh bekas butter tu, puas nak tenyeh. hee. Dalam masa 10 minit pon dah boleh buat prepare dan terus bakar. Kalau nak buat banyak, boleh alter bahan. Lepas siap bakar terus hidang makan malam, dan licin kami makan, sangat sedap makan panas panas.

Thanks for Read =)

No comments: