Thursday, September 1, 2016

RECIPES : Brown Sugar Cookies


Assalamualaikum

Kelmarin cuba buat cookies yang paling mudah, hanya guna 3 bahan utama saja iaitu butter, tepung dan gula. Tak tahu nama apa cookies ini so aku namakan dia Brown Sugar Cookies. Tapi aku buat tergaring la pulak tapi tetap boleh dimakan. Memang dah lama nak cuba buat cookies, tapi kebanyakan resepi aku jumpa semua buat dalam kuantiti yang banyak sampai 5 cup tepung pon ada. Tak sanggup lah nak buat sebanyak tu, lagipon bukan musim raya lagikan. So aku pon olah menggunakan kuantiti sedikit, Resepi asal daripada Resepi Bujang.






Bahan Bahan (16 keping cookies saiz sederhana)

1/2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1/3 cawan gula perang
1/3 cawan melted butter
cip coklat/hirisan badam


Cara Cara

Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati kecuali cip coklat. Dah sebati masukkan cip coklat/hirisan badam. Sudukan adunan dalam loyang yang dah disapu dengan butter. Aku just guna sudu saja, jarakkan sebab nanti cookies akan mengembang. Bakar pada suhu 190 C selama 15 minit.


SIAP!!!






Rasanya lagi sedap kalau lagi banyak cip coklat digunakan. 

Thanks for Read. Selamat Mencuba =)

4 comments:

cik violet said...

nyummy. boleh cuba ni :)

norhidana miswan said...

senangnya bahan2 n cara nk bt nya... tinggal rajin ngn mls je nk bt heheheh...

E'in said...

senangnye care die.. boleh try nie..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)