Monday, August 22, 2016

RECIPES : Chocolate Chips Muffin


Assalamualaikum

Weekend hari itu, semua orang tak ada maka tinggallah aku bersama kucing, so terus bergegas pergi dapur nak buat Muffin Vanila @ Muffin Cip Coklat. Sebab aku jenis yang tak boleh tak buat apa apa, aku nak juga cari satu benda yang berfaedah untuk aku. Tambahan pula aku lebih suka jika aku baking seorang diri tanpa gangguan orang lain. Sebab kalau tak jadi makanan tu, aku boleh buang tong sampah senyap senyap, kalau jadi boleh hidang makan. ^-^ 

Semua resepi dalam blog aku ini semua first time aku buat, tak pernah aku buat banyak kali. Kalau aku buat banyak kali pon, aku takkan masuk dalam blog dah. Sebab aku bukan jenis pandai masak, aku just suka masak dan mencuba resepi yang tak pernah buat. Lain tau istilah pandai masak dan suka masak. Resepi asal daripada Azie Kitchen.






Bahan Bahan (6 biji muffin)

125g (1/2 cup) tepung naik sendiri
75g (1/3 cup) minyak masak
75 g (1/3 cup) susu segar
75g( 1/3 cup) gula caster
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips - tabur


Cara Cara

Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.

Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.


SIAP!!!






Untuk 1/3 cup gula kastor, aku rasa sedaplah tak rasa manis pon, manis muffin ni pon bergantung pada cip coklatnya. Kalau nak lebih manis, boleh lebihkan gula. 

Pen Off, selamat mencuba :)

No comments: