Tuesday, August 23, 2016

RECIPES : Chocolate Muffin with Chocolate Chips


Assalamualaikum

Lepas buat Muffin Vanila, aku terus cuba buat Muffin Coklat pula memandangkan masih ada lagi lebihan coklat masa buat Churros minggu lepas. Resepi yang aku buat memang aku suka buat dalam kuantiti sikit sebab dekat rumah tak ada orang nak makan sangat, even aku yang buat pon lagilah tak makan, saja nak buat. Sebiji cara yang sama dengan muffin vanila, cuma tambah serbuk koko saja. 






Bahan Bahan (6 biji muffin)

125g (1/2 cup) tepung naik sendiri
75g (1/3 cup) minyak masak
75 g (1/3 cup) susu segar
75g( 1/3 cup) gula caster
1 biji telur B
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips - tabur


Cara Cara

Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan serbuk koko, kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.

Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh. Tabur chocolate chips di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.


SIAP!!!






Walaupun aku guna tepung naik sendiri yang dah memang ada baking powder dan soda bikarbonat, tapi aku tetap tambah 1 tsp baking powder sebab nak bagi muffin lagi naik. Cuma muffin ni agak comot sebab aku guna coklat cip besar yang dipotong empat, kalau cip coklat yang biasa tu lagi nampak kemas. 

Teringat muffin Kenny Rogers pulak :) Pen Off

2 comments:

norhidana miswan said...

sodap menggoda betul nengok mufin tuh...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)